Ada Masalah?
BUKU ROSAK
Sekiranya anda menerima buku yang rosak, kami akan menggantikannya secara percuma.
1. Emelkan kepada kami di berlian786@yahoo.com dengan tajuk:
BUKU ROSAK - ORDER XXXXX
(Gantikan XXXX dengan nombor order anda)
2. Nyatakan tajuk buku yang rosak.
3. Lampirkan gambar bahagian yang rosak untuk rujukan kami.
4. Kami akan hubungi anda dan buku yang baru akan dihantar ke rumah anda secara percuma.
5. Buku yang rosak akan diambil oleh pihak courier. Pihak courier akan maklumkan kedatangan mereka kepada anda. Tiada caj yang dikenakan kepada pelanggan.
SALAH ORDER
Sekiranya anda menerima buku yang salah, kuantiti buku tidak cukup, atau menerima order orang lain, kami akan menghantarnya semula secara percuma.
1. Emelkan kepada kami di berlian786@yahoo.com dengan tajuk:
SALAH ORDER - ORDER XXXXX
(Gantikan XXXX dengan nombor order anda)
2. Nyatakan buku yang tersalah, terkurang atau sebagainya.
3. Lampirkan gambar buku yang diterima untuk rujukan kami.
4. Kami akan hubungi anda dan buku yang baru akan dihantar ke rumah anda secara percuma.
5. Order yang tersilap akan diambil oleh pihak courier. Pihak courier akan maklumkan kedatangan mereka kepada anda. Tiada caj yang dikenakan kepada pelanggan.
Polisi kami adalah menggantikan satu kepada satu (one to one) bagi buku yang rosak daripada segi cetakan.
Anda boleh menukar buku yang rosak dengan cara poskan semula kepada kami menggunakan alamat di bawah:
Berlian Publications Sdn Bhd.
No. 15, Jalan Puteri 5/8,
Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor.
Tel: +603-8060 0687
Faks: +603-8060 7687
email: berlian786@yahoo.com
Sila nyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon anda. Kami akan menggantikan buku yang rosak tadi melalui pos.
FAQ
1.Apakah fungsi laman web Bookcafe.com.my?
Laman
web Jasmin.com.my berfungsi untuk membolehkan pembeli dan peminat buku
berbahasa melayu daripada PTS mendapatkan buku kegemaran mereka secara
ONLINE dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai buku.
2.Bagaimanakah pembelian ONLINE Jasmin.com.my ini berfungsi?
Laman web Jasmin.com.my
akan bertindak seperti jurujual dan pembeli boleh memilih buku yang
diminati, memasukkan nama dan alamat untuk proses penerimaan buku dan
kemudian membuat pembayaran. Kesemua maklumat pembelian akan diproses
oleh Jasmin dalam kadar segera dan kemudian buku akan dihantar kepada pembeli menggunakan Pos Malaysia. Tutorial membeli buku diJasmin.com.my boleh dibaca di http://jasmin.com.my/index.php?route=information/information&information_id=9
3.Bagaimana untuk saya membuat pembayaran di Jasmin.com.my?
Jasmin.com.my menerima pelbagai jenis pembayaran dan boleh dirujuk di http://jasmin.com.my/index.php?route=information/information&information_id=9
Tips
membuat pembayaran : Sila pilih cara pembayaran lain seperti
menggunakan manual internet banking atau melalui mesin cash deposit.
Maklumat akaun boleh didapati melalui laman http://jasmin.com.my/index.php?route=information/information&information_id=9
4.Berapa lama masa yang diambil untuk Jasmin menghantar buku yang dibeli?
Masa
memproses sesuatu pembelian biasanya mengambil masa 24 jam selepas
pengesahan pembayaran dan buku akan dihantar menggunakan Pos Malaysia
yang biasanya mengambil masa seperti berikut:
Pos Laju (Tempoh masa penghantaran 3 hingga 5 hari berkerja)
Rujuk: http://jasmin.com.my/index.php?route=information/information&information_id=6
Selepas
membuat penghantaran, pihak Jasmin akan menghantar email yang
mengandungi no. tracking kepada pelanggan biasanya dalam masa 24 jam
selepas penghantaran dibuat. Status terkini penghantaran boleh dirujuk
di website Pos Laju dengan menggunakan no tracking yang dibekalkan.
Semak di sini: http://www.poslaju.com.my/track-trace/
5.Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya buku yang saya dapat dalam keadaan tidak sempurna?
Buku rosak? Salah tajuk? Kuantiti tidak cukup? Rujuk di sini: http://jasmin.com.my/index.php?route=account/login
Buku
yang dibeli daripada Jasmin biasanya akan sampai dalam keadaan yang
sangat baik. Namun sekiranya berlaku kejadian buku yang sampai ke tangan
pembeli dalam keadaan yang tidak memuaskan, sila hubungi Jasmin (email,
telefon, sms) untuk tujuan pemulangan buku yang tidak sempurna tadi dan
Jasmin akan menghantar buku baru kepada anda tanpa sebarang kos
tambahan.
Cara menghubungi Jasmin:
Berlian Publications Sdn Bhd.
No. 15, Jalan Puteri 5/8,
Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor.
Tel: +603-8060 0687
Faks: +603-8060 7687
Email : berlian786@yahoo.com
6.Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima buku yang saya beli?
Sila
maklumkan kepada Jasmin sekiranya anda tidak menerima buku yang dibeli
dalam tempoh 3 minggu selepas pembayaran dilakukan. Kami akan menyemak
maklumat anda dalam kadar segera samada ianya disebabkan oleh kecuaian
Jasmin atau kelewatan oleh Pos Malaysia.
7.Apakah kelebihan membeli buku terbitan PTS secara ONLINE melalui Jasmin.com.my berbanding membeli di kedai buku biasa?
Selain mudah dan cepat, membeli di Jasmin.com.my akan membolehkan anda mendapat pelbagai diskaun istimewa daripada pihak PTS.
8.Berapakah kos penghantaran buku-buku yang dibeli di Jasmin.com.my?
Kos penghantaran buku-buku yang dibeli di Jasmin.com.my adalah berdasarkan kepada kos yang digunakan oleh perkhidmatan Poslaju.
9.Apakah kelebihan melanggani newsletter promosi?
Newsletter promosi merupakan platform untuk Jasmin mengemaskini segala berita berkenaan promosi terbaru yang diadakan di Jasmin.
Melanggan newsletter promosi membolehkan pelanggan menjadi antara orang
pertama yang mengetahui tentang apa-apa promosi terbaru yang diadakan
di Jasmin.
Untuk lebih banyak keistimewaan, 5 saat sahaja untuk daftar. Daftar sekarang juga.
10.Saya berminat untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe. Apa yang harus saya lakukan?
Buat
masa ini, Program Affiliate Bookcafe masih dalam pembangunan dan belum
dibuka untuk disertai. Kami berharap anda dapat bersabar. Kami
mencadangkan anda melanggani newsletter promosi untuk membolehkan kami
mengemaskini berita terbaru apabila Program Affiliate dilancarkan nanti.
MINAT MAHU BERBISNES & JUAL BUKU SECARA ONLINE? Sertai program DROPSHIP kami. Maklumat lanjut
11.Saya cuba membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan Maybank2u. Apa sebabnya?
Perkhidmatan Maybank2u mempunyai aktif seperti berikut;
Nota:
Pembayaran menggunakan Maybank2u : 6 Pagi - 12 Malam
Pembayaran yang dilakukan diluar dari waktu ini biasanya akan gagal.
12.
Saya memilih untuk membuat pembayaran secara Bank-in manual di mesin
ATM. Masalah saya ialah mesin ATM tidak menerima duit kecil (seperti
duit syiling dan wang kertas RM1, RM5) menyebabkan saya tidak dapat
memasukkan jumlah yang tepat. Sekiranya saya membuat pembayaran
terlebih, adakah pihak Jasmin akan memulangkan baki bayaran saya?
Polisi
kami ialah tidak memulangkan baki kepada para pelanggan bagi kes ini.
Kami juga dinasihatkan oleh pihak POS LAJU supaya tidak memasukkan duit
dalam bungkusan berserta dengan buku. Kami lebih mengesyorkan para
pelanggan untuk menggunakan kaedah bank-in secara online daripada
menggunakan mesin ATM. Kami juga menyesyorkan para pelanggan yang ingin
membuat pembayaran menggunakan mesin ATM supaya menggenapkan jumlah
pesanan supaya tidak berlaku masalah ini.
Sekiranya ia masih
tidak dapat dielakkan, duit baki pembayaran para pelanggan boleh
digunakan untuk membuat pembelian yang seterusnya.
13. Semasa POS
LAJU membuat penghantaran, saya tiada dirumah dan mendapati pihak POS
LAJU tidak meninggalkan apa-apa nota untuk dirujuk. Apa yang harus saya
lakukan?
Pertama sekali, sekiranya pelanggan tidak mendapat
pesanan dalam masa jangkaan normal iaitu 3-5 hari bekerja, pelanggan
disarankan untuk menghubungi pihak Jasmin
bagi memaklumkan perkara tersebut. Ini kerana kebiasaanya pihak POS
LAJU tidak memaklumkan status penghantaran mana-mana pesanan kepada kami
dan ianya mengambil masa yang lama untuk sesuatu bungkusan kembali ke
pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut. Dalam kes ini, pihak Jasmin
tidak akan menanggung kos penghantaran kali kedua sekiranya barang yang
dihantar kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut
(atau sebab-sebab lain yang disebabkan oleh kecuaian pelanggan).
14.Saya ingin membeli buku tetapi tiada stok. Apa yang perlu saya lakukan?
Para
pelanggan boleh tandakan pada kotak "Notify me when this product is
back in stock" kemudian masukkan alamat email ke dalam ruang yang
disediakan. Para pelanggan akan mendapat notis sebaik sahaja stok buku
tersebut dikemaskini.
15. Apa itu nombor pesanan / order id?
Selepas membuat pesanan di Jasmin,
para pelanggan akan menerima email Invoice daripada Bookcafe. Tertera
pada Invoice tersebut ialah nombor pesanan seperti : Order #12345
16. Apa itu MOLPay?
MOLPay
ialah perkhidmatan pihak ketiga yang akan memproses pembayaran samada
menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, dan juga membayaran menggunakan bank
tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan perkhidmatan yang
menggunakan saluran FPX yang lain. Oleh itu, transaksi yang menggunakan
perkhidmatan MOLPay akan mencatatkan MOLPay sebagai penerima bayaran
pada statement pembayaran (samada pada statement kad kredit mahupun
resit transaksi bank).
MOLPay juga bertanggungjawab memastikan
perjalanan sebarang transaksi dan transmisi data pelanggan ketika
membuat pembelian online di Bookcafe.com.my adalah dalam keadaan selamat
mengikut piawaian yang ditetapkan.
17. Saya telah membuat
pesanan online. Tetapi saya tidak mendapat buku yang dipesan kerana
tidak ada orang ditempat alamat yang saya tetapkan semasa pihak POS LAJU
membuat penghantaran. Bagaimana dengan pesanan saya?
Kami
sarankan supaya pelanggan menetapkan alamat yang boleh menerima pesanan
yang akan dihantar samada pelanggan itu sendiri atau sesiapa juga yang
boleh bertanggungjawab menerima pesanan tersebut. Sekiranya pihak POS
LAJU mendapati tidak ada orang yang menerima pesanan di alamat yang
ditetapkan, pihak POS LAJU biasanya akan meninggalkan sekeping nota dan
pelanggan perlu ke Pejabat POS berdekatan untuk mengambil bungkusan yang
dihantar. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kes pihak POS LAJU tidak
meninggalkan nota tersebut iaitu;
2. Penerima telah berpindah
3. Alamat salah/tidak lengkap
4. Alamat tidak mempunyai peti surat untuk diletakkan nota
5. Alamat berada di kawasan pendalaman
Sekiranya
ini berlaku, bungkusan biasanya dihantar kembali kepada kami dan
pelanggan perlu membayar kos penghantaran sekali lagi sekiranya ingin
bungkusan tersebut dihantar sekali lagi.