Mengenai Kami
JASMIN PUBLICATIONS sebagai penerbit buku-buku agama yang berdedikasi dan komited mempunyai beberapa matlamat yang menjadi agenda utama kami.
Di antaranya, menyampaikan ilmu agama yang sahih kepada masyarakat, membentuk institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia, memantapkan keimanan dan kerohanian, berdakwah, membentuk masyarakat intelektual serta menjana ummah berkualiti.
Di JASMIN PUBLICATIONS, sebagai penerbit kitab-kitab agama yang berkualiti, kami bertanggungjawab terhadap agama, negara dan masyarakat. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan tajuk-tajuk berbentuk motivasi dan berilmiah supaya dapat meningkatkan sahsiah diri seseorang.
Kami bertekad untuk menjana kemantapan rohani dan intelektual dalam masyarakat Islam dan seterusnya mewujudkan masyarakat pemikir yang berkreatif dan berinovatif supaya dapat berdaya saing di era globalisasi dan mengatasi ancaman ke atas dunia Islam.
JASMIN PUBLICATIONS juga akan sentiasa berusaha untuk menerbitkan buku-buku yang berkualiti dari khazanah ilmu-ilmu Islam yang berharga sebagai sumbangan kami kepada agama, tanah air dan masyarakat.
Visi
- Menumbuhkan motivasi dan komitmen yang tinggi di dalam dunia penerbitan bagi membentuk masyarakat Islamik, moden dan berpandangan jauh.
- Menjadi syarikat penerbitan terulung.
- Menciptakan insan berprestasi, berbudaya dan bertakwa.
- Terwujudnya muslimin soleh solehah, berprestasi, mandiri dan berwawasan lingkungan.
- Menjadi syarikat penerbitan yang berurus niaga secara Islamik dari segi syariat dan pelaksanaannya
- Berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.
- Menjadi pembekal buku-buku agama yang berkualiti setanding di peringkat antarabangsa.
- Menyebarluaskan ajaran Allah ke seluruh dunia melalui penerbitan buku.
Misi
- Melestarikan penerbitan yang berkualiti bagi membangunkan masyarakat Islamik menuju negara maju.
- Menjalankan usaha penerbitan secara berintegrasi berdasarkan prinsip-prinsip komersial yang kuat.
- Mengembangkan hasil karya yang dimiliki penulis.
- Menciptakan lingkungan yang nyaman & menyenangkan sebagai wahana bersosialis dengan masyarakat sekitar.
- Menumbuhkan penghayatan terhadap ajaran agama yang dianut dan budaya bangsa sehingga menjadi sumber kearifan dalam bertindak.
- Mendidik dan membimbing masyarakat agar mempunyai daya fikiran yang tinggi dan berakhlak mulia, menerusi penerbitan pelbagai bahan-bahan bacaan bermutu.
- Membina hubungan yang baik secara berpanjangan antara syarikat dan pelanggan supaya mampu melonjakkan syarikat ke tahap yang membanggakan serta mampu berdaya saing.
- Menyebarkan media cetak yang mengandungi ilmu bermanfaat kepada masyarakat umum sambil mencapai keberuntungan yang bakal dimanfaatkan terhadap penyebaran ilmu.