NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | 50 KISAH-KISAH TERPILIH |
PENYUSUN | ABDUL WAFI / MUHAMMAD NAJIB |
NO ISBN | 9789670398617 |
HARGA | RM20.00 (S'UJUNG) / RM22.00 (SS) |
MUKASURAT | 304 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 400 g |
SINOPSIS
Buku ini mengandungi 50 himpunan kisah-kisah terpilih
yang dapat membina peribadi mulia, meningkatkan keimanan dan keberanian serta
penyucian jiwa
Umat sesuatu bangda dinilai baik buruknya dari akhlak
atau moralnya, tidak sesekali dipandang dari kekayaan dan kebagusan wajah
mereka.
Di antara petikan kisah yang menarik:
Imam Ali bin Abi Thalib berkata: “Beramallah dengan
ikhlas, walaupun sedikit, itu telah cukup bagimu.”
Ikhlas (amal murni demi keredaan Allah) merupakan kunci
bagi diterimanya semua amal perbuatan. Tatkala amal seseorang diterima Allah,
sekalipun kecil, itu bererti dia adalah seorang yang ikhlas (mukhlis). Sedangkan
orang yang banyak amalnya, tetapi Allah menolaknya, dia pasti bukan orang yang
ikhlas.
Orang yang ikhlas, dengan usaha yang gigih, akan melebur
berbagai sifat tercela yang ada pada dirinya dan memurnikan niatnya hanya untuk
Allah semata-mata, sehingga Dia menerima amalnya. Ya, peringkat niat, ilmu dan amal
berkait rapat dengan penyucian hati. Jika orang yang ikhlas memelihara jiwanya,
maka dia akan sampai pada tauhid.
Peringkat terendah ikhlas adalah seorang hamba melakukan
apa yang dia mampu dan tidak mengharapkan balasan serta pahala atas amal
perbuatannya itu.
Tags: 50 KISAH-KISAH TERPILIH
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.