NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | 25 TANDA HAMPIRNYA HARI KIAMAT & BERITA ALAM KEABADIAN |
PENULIS | AMIR AL-HARITH |
NO ISBN | 9789832087656 |
HARGA | RM 10.00 (S’JUNG) / RM 11.00 (SS) |
MUKASURAT | 194 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 225g |
SINOPSIS
NABI SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda hari kiamat adalah hilangnya ilmu agama, tetapnya kebodohan, diminumnya arak, merajalelanya perzinaan dengan terang-terangan dan banyaknya wanita serta sedikitnya Ielaki sehingga satu lelaki menguasai lima puluh wanita.” (HR. Bukhari)
Isyarat Rasulullah SAW dalam hadis itu menunjukkan bahawa akan datang satu masa di mana pada masa itu ilmu agama hilang dari permukaan bumi dan yang ada kebodohan. Akibatnya orang tidak Iagi mengetahui mana yang halal dan mana yang haram. Kalau sudah datang masa yang demikian ini maka tak dapat dibendung lagi akan merajalela kemaksiatan di mana-mana. Minuman keras banyak diperdagangkan akibatnya ramai orang yang bermabuk-mabukan, sampai ada juga pelajar yang ikut-ikutan.
Tidak hanya sampai di situ, perzinaan pun banyak dijumpai di sana-sini, hingga menjadi ancaman di tengah-tengah masyarakat. Kalau di desa atau di kampung ada orang tertangkap berbuat zina, dibawa beramai-ramai ke pejabat ketua kampung lalu diberi hukuman yang berlaku. Tapi kalau di kota-kota besar banyak dijumpai wanita-wanita pemuas nafsu syaitan dan tempatnya pun mudah dicari, Iagi pula aman tidak ada yang mengganggu asal ada wang, banyak jalan. Ini semua sebagai gejala akhir zaman yang menandakan kiamat sudah dekat.
Memperhatikan sabda Rasulullah SAW itu sangat penting bagi umat Islam mengetahui hal-hal sebagai yang diterangkan dalam buku ini.
Tags: 25 TANDA HAMPIRNYA HARI KIAMAT & BERITA ALAM KEABADIAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.