NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | 1001 MISTERI DI ALAM KUBUR 2 |
PENULIS | FU’AD SIRAJ ABDUL GHAFFAR |
NO ISBN | 9789675047688 |
HARGA | RM 18.50 (S’JUNG) / RM 20.50 (SS) |
MUKASURAT | 386 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 435g |
SINOPSIS
Sesungguhnya soalan merupakan suatu metod yang penting untuk mengetahui sesuatu yang diinginkan, menguatkan suatu masalah, menetapkan ilmu, memastikan permasalahan, lebih melekat di dalam fikiran dan membuka sesuatu di dalam hati. Banyaknya soalan yang berkenaan dengan perrnasalahan-permasalahan di dalam kehidupan manusia di dunia dan tidak akan habis-habisnya. Bahkan di awal fasa dari fasa kehidupan akhirat terdapat pula soalan iaitu sekitar: siapa Tuhanmu? Apa agamamu? Siapa nabimu?
Manusia, ketika hidup dan mati diliputi oleh soalan-soalan. Soalan merupakan satu kaedah yang penting dan banyak ragam bentuk soalan disebutkan di dalam kitab dan sunnah dengan kaedah yang berbeza-beza. Soalan-soalan itu sekitar kehidupan jasmani mahupun rohani, iaitu: sekitar akidah, ibadah, muamalah, dan masalah kehidupan. Soalan-soalan yang beraneka ragam tersebar di dalam kitab sunnah. Di mana tidak hanya dikhususkan pada satu bab dan juga pada satu buku. Manakala muncul beraneka ragam soalan-soalan yang merupakan suatu hal yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim (baik ketika hidup dan mati), sehingga dapat diketahui apa yang dimaksudkan di dalam kitab dan sunnah. Dengan kaedah meminta pemahaman (dikumpulkanlah soalan-soalan itu dalam satu susunan) saudara Syeikh Fuad Siraj Abdul Ghafar cuba menyusun masalah ini dalam satu susunan dengan judul Al-azab Zilalu fi bayani anwa'i su’al."
Sesungguhnya judul buku ini sangat berkaitan secara langsung dengan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Di mana di dalam buku ini semuanya dikumpulkan di dalam satu pasal dan bahagian-bahagian. Hal ini dilakukan untuk mempermudah para pembaca untuk mencapai tujuan dengan waktu yang singkat. Di dalam buku ini juga terdapat permasalahan jin dan manusia yang sangat berguna untuk diketahui.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.