NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
SINOPSIS Kematian atau maut bukanlah akhir
dari segalanya bagi kehidupan manusia. Bahkan, kematian hanya merupakan satu
tahap dari beberapa tahap yang telah ditentukan dan ditetapkan atas semua
makhluk yang memiliki pelbagai jenis tahap dan makhluk yang tidak memiliki
tahap, seperti roh, bidadari dan para malaikat. Bagi makhluk Allah SWT yang
termasuk ke dalam klasifikasi kelompok ini, aka nada pembahasan khusus yang
akan saya bicarakan, insya Allah, di dalam pembahasan tentang Kehancuran Alam
pada pembahasan selanjutnya. Jika kematian merupakan salah
satu tahap kehidupan manusia, maka tahap ini sudah pasti merupakan tahap yang
paling penting. Ini kerana tahap-tahap yang sebelumnya adalah tahap-tahap yang
mendorong manusia menuju kehidupan dunia. Sedangkan tahap ini merupakan tahap
akhir bagi kehidupan dunia dan masuk ke dalam kehidupan lain yang sama sekali
berbeza dengan kehidupan dunia.
Tahap-tahap sebelum kematian
adalah tahap dari tanah menuju setitis mani, kemudian menjadi segumpal darah,
kemudian segumpal daging, kemudian tulang belulang yang terbungkus dengan
daging, kemudian Allah SWT menjadikan sebagai makhluk yang sempurna; elok boleh
dengar, melihat dan berbicara. Kemudian dia pun membesar dari seorang bayi
menjadi kanak-kanak kemudian remaja sampai menjadi tua bangka. Adapun
tahap-tahap setelah kematian adalah tahap alam kubur, kemudian bangkit,
kemudian masyar, kemudian hisab, kemudian masuk neraka atau syurga, sengsara
atau bahagia selama-lamanya. |
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.