NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | AT-TANWIR SYARAH SAHIH MUSLIM 2 |
PENULIS | ABDUL HAMID ABDUL HAKIM |
NO ISBN | 9789675047893 |
HARGA | RM 78.90 (S’JUNG) / RM 87.00 (SS) |
MUKASURAT | 1153 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 1.322kg |
SINOPSIS
Ini adalah kitab rujukan terpenting bagi umat Islam dalam memahami hadis-hadis sahih syarah lmam Muslim. Kitab At-Tanwir ini kami susun sesuai dengan sistem penyusunan kitab-kitab syarahan hadis yang lain seperti Sahih Muslim karangan lbnu Hajar al-Asqalani.
Kami memandang bahawa kitab Sahih Muslim telah pun dijadikan buku panduan dan rujukan, oleh kerana itu kami berasa terpanggil untuk mensyarah hadis Muslim ini dengan syarahan yang ringkas, padat dan menyeluruh, yang insya Allah buku ini akan kami susun sebanyak 12 jilid.
Kitab ini kami susun merujuk kepada kitab-kitab hadis yang sahih dan muktabar menurut ulama dan pakar hadis. Dalam syarahan tersebut kami berusaha membuat kaedah tersendiri secara praktis, semoga Allah mengampuni kesalahan yang terdapat dalam manhaj ini. Semoga ianya dapat dijadikan rujukan sehingga bermanfaat bagi yang mentelaahnya.
Kitab ini juga merupakan rujukan asas bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai penjelasan hadis Sahih Muslim. Ianya memiliki kelebihan kerana sememangnya telah kami susun setelah merujuk kepada beberapa sumber hadis yang muktamad di kalangan ulama hadis. Antara rujukan kitab ini adalah:
1. Kitab Sahih Muslim, syarah imam Muslim yang dikarang oleh lbnu Hajar al-Asqalani.
2. Kitab Fathul Mun’im, syarah Sahih Muslim yang dikarang oleh seorang pakar hadis iaitu ulama al-Azhar-Mesir, Prof Dr Syahin Lasyin.
3. Serta beberapa kitab hadis yang lain yang telah diakui kesahihannya.
Antara kelebihan kitab At-Tanwir Syarah Sahih Muslim ini adalah:
1. Penulisan sanad tidak terlalu panjang dan lebar
2. Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami, sistematik dan menyeluruh
3. Sistem perbahasan yang disusun bermula dari hadis, makna hadis, fikih hadis, dan pelajaran yang diambil dari hadis tersebut.
Semoga usaha kami dari Penyusun kitab At-Tanwir Syarah Hadis Sahih Muslim dapat diterima oleh orang ramai dan ianya menjadi amalan bagi kami dan anda semua.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.