NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | TEKNIK INGATAN |
PENULIS | YUSUF AL AQSARY |
NO ISBN | 9789833791115 |
HARGA | RM10.00 (S'UJUNG) RM11.00 (SS) |
MUKASURAT | 155 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 185 g |
SINOPSIS
Lupa dan daya ingat yang Iemah adalah masalah yang paling banyak dihadapi oleh orang ramai sama ada yang telah tua mahupun yang masih kecil, perempuan mahupun lelaki.Ahli jiwa menamakannya dengan fenomena kejiwaan. Mereka juga menguatkan pendapat bahawa Iupa itu adalah rahmat Allah kepada manusia, kerana manusia pada dasarnya cenderung untuk melupakan kesukaran dan kepedihan yang dilaluinya sehingga tidak lagi bersedih hati dalam menghadapi setiap kepahitan hidup yang dilaluinya. Dalam buku ini tidak akan dijelaskan mengenai nasihat-nasihat atau petunjuk- petunjuk yang menolong anda untuk selalu ingat dan menentang Iupa daripada diri anda kerana penulis tidak ingin menempatkan anda untuk berkelakuan aneh daripada orang lain.
Namun penulis akan menjelaskan teori-teori ilmiah yang
terkini pada abad moden ini yang disebut dengan Iatihan ilmiah yang
memungkinkan anda untuk menguatkan saraf-saraf kerja otak sehingga anda dapat
menguatkan daya ingat dan menghafal perkara-perkara dalam hidup ini seperti
mengingati nombor, mengingati nama-nama orang,mengingati hari dan kejadian yang
dialami dengan sempurna.
Dalam buku ini juga dikemukakan perkara-perkara yang
membawa pada sifat Iupa dan Iemah daya ingat, perkara-perkara tersebut akan
penulis terangkan dengan sejelas-jelasnya dengan menjelaskan proses otak kita
dalam mengingati sesuatu. Dalam buku ini juga dijelaskan bagaimana cara untuk
menyusun maklumat- maklumat di dalam fikiran sehingga mudah untuk dikeluarkan
bila-bila masa, dan cara tepat untuk mengingati apa yang anda baca dan dengar
dengan mudah serta penulis juga akan menjelaskan langkah-Iangkah yang paling baik
untuk memperbaiki kekuatan pemerhatian anda dan meningkatkan kemampuan anda
dalam mengingati sesuatu.
Tags: TEKNIK INGATAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.