NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MOTIVASI MENANG & BIJAKSANA |
PENULIS | Z AHMAD ISMAIL |
NO ISBN | 9789833128396 |
HARGA | RM15.00 (S'JUNG) / RM16.50 (SS) |
MUKASURAT | 310 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 369 g |
SINOPSIS
Keinginan
untuk berjaya dalam hidup adalah fitrah semulajadi setiap manusia yang waras.
Dan kejayaan itu sendiri merupakan impian, angan-angan atau cita-cita setiap
orang yang cenderung hatinya kepada sesuatu yang lebih baik. Bagaimanapun,
tidak semua orang mencapai harapan atau keinginannya.
Mengapa?
Kebanyakannya adalah kerana salah, khilaf atau keliru. Mereka gagal menjadikan
cita-cita dan harapan mereka menjadi kenyataan kerana mereka lemah.
Sesetengahnya gagal di peringkat perancangan, dan sesetengah yang lain - dan
ini merupakan majority – gagal menterjemahkan perancangan, idea atau gagasan
kepada tindakan nyata.
Malahan
ada sesetengah orang Islam beranggapan bahawa kegagalannya itu adalah kerana
sudah ditakdirkan demikian. Dan kejayaan orang lain pun sudah ditentukan
begitu. Dia yakin faktor takdir itulah menjadikan dirinya seseorang yang gagal:
pada waktu yang sama takdir itu juga yang menjadikan orang lain berjaya.
Selain
membincangkan sifat-sifat dan tanda-tanda orang yang berjaya, buku ini juga
turut menyinggung tentang kedamaian jiwa dan ketenteraman batin. Hal ini amat
mustahak dimiliki lebih dahulu supaya usaha dan pekerjaan yang dilakukan
berjalan dengan baik sesuai dengan ilmu dan perancangan Ilmu dan perancangan
adalah sepasang kekasih yang tidak patut dipisahkan.
Kejayaan
sebenar ialah kejayaan di dunia dan pada waktu yang sama mendapat ridha Illahi.
Inilah yang sepatutnya dicari. “Bekerjalah untuk dunia seolah-olah anda hidup
beribu tahun lagi. Dan beramalan untuk akhirat seolah-olah anda akan mati esok
hari.”
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.