NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MENJADI INSAN BERKREDIBILITI |
PENULIS | AMRU KHALID |
NO ISBN | 9789833791132 |
HARGA | RM18.00 (S'JUNG) / RM20.00 (SS) |
MUKASURAT | 317 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 372 g |
SINOPSIS
Saudaraku yang terhormat, waktu adalah umur anda. Jangan
sesekali menjual umur anda dengan harga murah, kemudian membeli mahal barang
murahan yang tidak berharga. Anda mesti terus membayar kerugian kerana telah melaburkan
waktu di lembah kesesatan, kehampaan dan kekosongan.
Anda mesti tahu
bahawa pernyataan di atas merupakan kandungan daripada Al-Quran. Dengarkan
firman Allah s.w.t “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu
dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk
orang-orang yang bertakwa.” (Ali lmran: 133)
Ramai manusia yang berumur singkat, tetapi sejarah
mengabadikannya sehingga ratusan tahun. Sedangkan mereka yang lain lahir kemudian
ditindas oleh sejarah. Usia seseorang tidak ditentukan oleh panjang pendeknya
seperti anggapan banyak kalangan. Namun oleh karya besar yang dihasilkannya.
Usamah bin Zaid memimpin pasukan Muslimin ketika masih
berusia I6 tahun. Memimpin pasukan yang bukan sebarang pasukan. Pasukan yang di
dalamnya terdapat ramai sahabat besar. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dia lebih
pantas dan mampu." (HR Bukhari)
Kemudian Muhammad al-Fatih yang berusia 23 tahun berjaya
menakluki Konstantinopel yang tidak dapat dijamah oleh pasukan Muslimin
sebelumnya. Sa’ad bin Mu'az memeluk Islam di usianya yang ketiga puluh dan
wafat ketika genap berusia 37 tahun. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Arsy bergetar
sebab kematian Sa’ad bin Mu'az." (HR. Muslim dan Tirmidzi)
lbnu Rajab mengatakan, "Dengan jariku ini, aku telah
menulis lebih dari 2,000 jilid buku. "Orang-orang yang kemudian membahagi
seluruh karyanya semasa hidup dengan usianya, mendapati lbnu Rajab menulis 9
buku sehari.
lnsan yang bagaimanakah mereka? Mereka adalah tokoh-tokoh
besar yang hendak membangunkan umat yang kemudian bertahan sehingga I300
tahun.
Di dalam keadaan ini, apa yang mesti kita lakukan untuk umat
Islam? Apakah yang telah kita persembahkan? Serta dari manakah kita memulakan
perubahan tersebut?
Anda jangan berputus asa dan berhenti berbuat sesuatu.
lni kerana masih ada harapan. Ya. Harapan itu ada di hadapan kita
masing-masing. Kita mesti bangkit dan mempunyai peranan bersama umat-umat yang
lain.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.