NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | IKTIBAR DARI WARNA-WARNI ALAM |
PENULIS | HARUN YAHYA |
NO ISBN | 9789832565666 |
HARGA | RM8.50 (S'JUNG) / RM9.50 (SS) |
MUKASURAT | 112 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 134 g |
SINOPSIS
Mengapa perlu dibuat bab
tambahan mengenai teori Evolusi di dalam buku ini? Adapun sebab di buat satu
bab khusus yang membincangkan dan memperkatakan tentang runtuhnya teori evolusi
adalah kerana teori ini mengandungi dasar falsafah-falsafah yang menentang
segala sesuatu yang berbau ghaib.
Apabila fahaman Darwinisme
mula menolak fakta tentang adanya penciptaan, bermakna sejak saat itu.
Darwinisme juga telah menolak kewujudan Allah ‘Azza wa Jalla. Sejak fahaman ini
tersebar 140 tahun yang lalu ianya telah menyebabkan ramai orang meninggalkan
agama dan memilih hidup tanpa panduan hidayah.
Bertolak dari hakikat ini,
sudah tentulah setiap muslim, telah menerima satu tanggungjawab yang teramat
penting untuk dilakukan, iaitu menunjukkan bahawa teori ini sebenarnya tidak
lebih daripada suatu tipuan belaka. Dan teori ini jelas sangat berbahaya
terhadap ajaran agama. Dengan demikian tidak ada jalan lain kecuali penipuan
ini mesti disebarkan kepada semua orang.
Mungkin sesetengah pembaca
kami hanya mempunyai peluang membaca hanya satu daripada buku-buku yang kami
tulis. Justeru itulah, kami fikir tepat sekali memasukkan satu bab yang ringkas
tentang penipuan ini.
Ada satu perkara lagi yang
perlu ditekankan adalah yang berhubungan dengan isi buku ini. Dalam semua buku
yang ditulis oleh penulis, masalah-masalah yang berhubungan dengan keimanan
disampaikan di bawah limpahan cahaya ayat-ayat Al-Quran dan pembaca diharapkan
mampu untuk mempelajari kalimat-kalimat Allah ‘Azza wa Jalla dan hidup
berdasarkan ajaran-Nya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.