NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MENJADI UMAT YANG BERJAYA |
PENULIS | DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789833423910 |
HARGA | RM25.00 (S'JUNG) / RM27.50 (SS) |
MUKASURAT | 441 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 500 g |
SINOPSIS
Barangsiapa yang telah membuat
janji kepada rakannya, kemudian dia mengingkari janjinya maka dia telah
mewarisi dari penyakit nifak ini.
Ada sebuah riwayat tentang
cerita nifak ini. Iaitu apa yang dikisahkan oleh hasan dengan sanadnya yang
hasan. Diceritakan pada suatu hari Rasulullah SAW telah bersetuju akan bertemu
dengan seorang lelaki.
Lalu Rasulullah SAW menepati
janji yang telah mereka sepakatkan. Tetapi sebaliknya lelaki tersebut tidak
menepati janjinya. Rasulullah SAW menunggu selama tiga hari tiga malam di
tempat yang telah dijanjikan.
Selepas tiga hari maka lelaki
itu barulah teringat yang dia ada janji dengan Rasulullah SAW. Akhirnya dia
menemui Rasulullah SAW. Maka Nabi bersabda kepadanya: “Engkau telah menyukarkan
aku.”
Maka barangsiapa yang tidak
menepati janji dan berdisiplin, bererti dia telah berbuat nifak. Ini dapat
dilihat dari fenomena umat Islam yang pada saat ini mereka tidak mahu lagi
menepati janji mereka
Oleh itu, sesiapa sahaja yang
berjanji kepada anda sesuai dengan ketentuan jam berapa, hari apa, atau
tempatnya di mana, lalu dia melanggar janjinya tanpa ada halangan, maka
ketahuilah dalam dirinya telah terdapat cabang nifak.
Adalah salah seorang yang
soleh apabila berjanji kepada saudaranya dia akan berkata: “Insya Allah, di
antara saya dan anda tidak ada janji. Apabila saya boleh, saya akan datang. Namun
apabila saya tidak dapat hadir, maka saya minta maaf.”
Dengan demikian, orang itu
akan bebas dari sifat nifak. Inilah yang disebut dengan nifak nifak amali yang
sering dilakukan orang ramai. Ini disebabkan iman mereka yang lemah dan
berimpak kepada memudahkan urusan janji, meremehkan janji dan mengingkarinya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.