NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | FORMULA MENJADI INDIVIDU CEMERLANG |
PENULIS | MOHD NAJIB / LUQMAN |
NO ISBN | 9789833423750 |
HARGA | RM25.00 (S'JUNG) / RM27.50 (SS) |
MUKASURAT | 306 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 377 g |
SINOPSIS
Kesan kesucian hidup, baik
dalam penguasaan hawa nafsu mahupun dalam bentuk tidak memakan atau meminum
yang haram, menjaga semua perbuatan hingga tidak menyakiti orang lain dan tidak
melanggar aturan-aturan Allah. Jika semua aturan-aturan itu betul-betul
direalisasikan tentu akan menenangkan batin individu dan masyarakat.
Hidup akan beruntung
(tenang) apabila diisi dengan penuh keimanan, penuh amal kebaikan, penuh kesucian
dan sikap-sikap mulia (al-haq wash-shabr).
Dalam realiti kehidupan diakui
bahawa orang-orang yang tetap menjaga dan memelihara jiwa yang istiqamah serta
damai tidak mudah tergoncang dan temmbang-ambing dibawa dan dihanyutkan oleh
gelombang keadaan di sekitarnya, tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara di
sekeliling kehidupannya. Dengan sikap itu, tentulah ketenangan batin dan ketenteraman
hidup dapat dicapai.
AL-QURAN sebagai pedoman
hidup manusia tidak sahaja berbicara soal kehidupan ritual dan akhirat, tetapi
juga mempersoalkan realiti kehidupan manusia itu sendiri. Dengan kata lain,
Al-Quran mengutamakan juga perkara-perkara yang berhubungan dengan materi
kehidupan atau yang bersifat materi baik makanan, minuman, pakaian, perumahan, mahupun
pengangkutan sebab perkara-perkara itu tidak boleh dipisahkan dari matlamat
hidup manusia untuk mencapai kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Dengan
tercapainya keperluan-keperluan materi itu, kehidupan seseorang diharapkan
menjadi tenang, batinnya menjadi damai dan masyarakatnya menjadi mesra bahagia.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.