NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PETUNJUK HIDUP BERKUALITI |
PENULIS | SYIKH THAHA ABDULLAH AL-AFIFI |
NO ISBN | 9789833423187 |
HARGA | RM16.50 (S'JUNG) / RM18.50 (SS) |
MUKASURAT | 265 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 313 g |
SINOPSIS
Dikisahkan
bahawa setelah Abu Bakar r.a. secara rasmi diangkat menjadi khalifah, beliau
berdiri dan menyampaikan sebuah khutbah. Beliau mengawali khutbahnya dengan
ungkapan rasa syukur dan pujian kepada Allah SWT dengan bermacam pujian yang
berhak diaturkan kepada Allah SWT. Kemudian beliau berkata:
Amma
ba d. Wahai para manusia. Sesungguhnya saya telah diangkat menjadi pemimpin
kalian. Padahal saya bukanlah orang terbaik di antara kalian. Jika (dalam tugas
nanti) saya melaksanakannya dengan baik maka bantulah saya, namunvjika (dalam
tugas nanti) saya melakukan kekurangan dan kesalahan maka benahkanlah kekurangan
dan kesalahan saya tersebut.
Kejujuran
adalah amanah, sedangkan kebohongan adalah pengkhianatan. Orang-orang yang
lemah di antara kalian, bagiku adalah orang yang mempunyai kekuatan kerana saya
akan mengembalikan kepadanya hak mereka yang terampas) Insya Allah. Orang yang
kuat di antara kalian, bagiku adalah orang yang lemah, kerana saya akan mengambil
hak (yang ia rampas dari orang lain) Insya Allah.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.