NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SIAPA MUNAFIQ? |
PENULIS | MUHAMMAD AL-HAMID |
NO ISBN | 9789832565017 |
HARGA | RM14.00 (S'JUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 243 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1 /2 X 8 1/2 |
BERAT | 285 g |
SINOPSIS
Segala
puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam terlimpahkan
kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan
syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal ‘alamin.
Buku
Siapa Munafiq? lni memperkatakan sifat-sifat dan tanda-tanda orang munafiq.
Selain berhujah dengan ayat-ayat al-Quran, ia disokong dan dikuatkan lagi dengan
hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih.
Sebenarnya,
orang-orang munafiq itu bukan hanya terdapat di kalangan Yahudi dan Nasrani,
tetapi ramai juga terdapat di kalangan orang-orang yang mengaku dan dianggap
Islam. Tanda-tanda orang munafiq yang paling ketara ialah malas mengerjakan
sembahyang dan enggan berpuasa, sekalipun dipandang dari luar mereka nampak
pergi ke masjid dan berpura-pura ikut berpuasa bersama kaum muslimin pada bulan
Ramadhan.
Selain
itu, orang-orang munafiq ini juga memperkecil dan meremehkan al-Quran dan
hadis-hadis Nabi, malas berzikir, suka menyombongkan diri, tidak menepati
janji, mengutamakan kebaikan zahir dan luaran, suka mendengki dan berkhianat
dan banyak lagi sifat-sifat tercela yang ada pada mereka dijelaskan di dalam
buku ini.
Dan
dengan rasa syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayah-Nya, akhirnya
kami dapat menerbitkan buku yang saat ini ada di tangan saudara.
Besar
harapan kami semoga buku ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada sekalian
muslimin dan muslimat agar memperolehi ilmu untuk menghadapi cabaran bagi
meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat
kelak dan semoga penerbitan buku ini turut menyumbangkan ke arah membina
generasi masa kini sebagai generasi yang berjaya dan beruntung di dunia mahupun
di akhirat. lnsya Allah.
Tags: SIAPA MUNAFIQ?
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.