NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PETUNJUK BERDAKWAH DENGAN BERKESAN |
PENULIS | DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789833791217 |
HARGA | RM23.50 (S'JUNG) / RM25.90 (SS) |
MUKASURAT | 419 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 498 g |
SINOPSIS
Sesungguhnya dakwah adalah seni milik para da’i yang
ikhlas. Ia sama dengan seni yang dimiliki para penjual cemerlang, seni ukir
yang dimiliki seorang pengukir. Maka kewajipan para da’i adalah memperindah
seni tersebut agar dapat menyampaikannya kepada orang lain dengan cara dan gaya
yang indah dan menyenangkan, sebab mereka adalah pewaris Muhammad s.a.w.
Mereka wajib mempelajari hakikat dari dakwah itu sendiri,
dan hal-hal yang mendukung kelancaran dakwah mereka. Hal pertama yang mesti
mereka miliki adalah memegang kuat sumpah setia yang mereka pelajari dari Nabi
s.a.w. selaku guru mereka. Sebab mereka adalah pewaris para Nabi dan Rasul.
Mereka adalah pemegang amanah yang bergantung di leher mereka.
Dengan demikian, maka setiap kesalahan yang dilakukan
seorang da’i tentulah akan membawa pengaruh bagi umat. Mereka adalah orang
pertama yang paling bertanggungjawab atas kesalahan-kesalahan yang terjadi pada
umat. Sebab mereka adalah Nakhoda kapal yang apabila dibawa dan diarahkan ke
arah yang tepat maka kapal akan sampai dengan selamat - dengan izin Allah
s.w.t.
Untuk itu, maka dibawah ini akan kami kemukakan adab-adab
yang mesti dimiliki seorang da’i, sehingga dengan itu, mereka akan menjadi da’i
yang berhasil membawa hidayah dan kebenaran. Mereka akan dapat membawa risalah
sesuai dengan apa yang diinginkan Allah s.w.t.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.