NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK | DAHULUKAN IBADAH KAMU DARIPADA DUNIA KAMU! |
PENULIS | DR MASIQ BIN KHALID ALI |
NO ISBN | 9789670398075 |
HARGA | RM38.00 (S'JUNG) / RM42.00 (SS) |
MUKASURAT | 469 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 582 g |
SINOPSIS
Apabila
kamu merasai kesukaran dan menghadapi banyak masalah hidup di dunia ini,
janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah
tempat bergantung dan tempat diletakkan sepenuh pengharapan.
Ketahuilah,
sesungguhnya kenikmatan yang teragung dan terbesar, iaitu kenikmatan yang
dirasai sepenuhnya di hari akhirat nanti. Kenikmatan akhirat itulah yang akan
membawa hamba kepada kemuliaan yang kekal.
Kerana itu,
hakikatnya seorang mukmin, tidak mengejar kenikmatan dunia, yang tidak memiliki
apa-apa keuntungan melainkan sedikit sahaja, dibandingkan dengan kenikmatan
berupa kemuliaan di sisi Allah SWT.
Tidak ada
maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya, yang boleh membuat manusia
menjadi lupa dan mabuk, sehingga terlena dengan kehidupan dunia. Kehidupan
manusia yang sudah mabuk dunia itu, menjadikan sujud, rukuk dan ibadahnya hanya
untuk memenuhi rasa kenikmatan dunia.
Marilah
kita sama-sama jadikan kehidupan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal
dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Kita tidak mungkin akan
tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti
pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam
akhirat.
Janganlah
sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan yang kita miliki tanpa kita membuat
pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi
pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita
lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT. Renungkanlah dan bertindak
segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.