NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
SINOPSIS “Setiap penyakit ada ubatnya,”
begitulah sabda Rasulullah SAW lima belas abad yang lalu. Baginda meyakinkan
umatnya bahawa Allah SWT tidak menurunkan suatu penyakit melainkan pasti
menurunkan ubatnya. Namun, manusia harus melakukan proses kreatif mencarinya,
kerana baginda menjelaskan bahawa ubat itu akan diketahui oleh orang-orang yang
mengetahuinya, dan sebahagiannya akan menjadi misteri bagi orang yang tidak
mengetahuinya. Rasulullah SAW di dalam pelbagai
riwayat juga meninggalkan khazanah yang cukup kaya untuk digali dan
dimanfaatkan. Ada pengubatan tradisional seperti jintan hitam, daun bidara,
minyak zaitun, kurma dan lain-lain. Melalui penelitian dan pengolahan tertentu
semua potensi penyembuhan sudah memasuki wilayah perubatan moden. Khazannah yang demikian melimbpah
dan sebahagian telah dibuktikan oleh keilmuan moden adalah penyembuhan sugestif
dan memanfaatkan doa-doa, zikir, mahupun ibadah-ibadah. Lebih-lebih lagi
pengubatan dan penyembuhan nubuwwah warisan Rasulullah tidak hanya terbatas
kepada aspek rohani dan kejiwaan sahaja, tetapi juga memberi kesan positif yang
sangat besar terhadap kesihatan fizikal.
Buku “Rasulullah Seorang Doktor”
adalah khazanah model pengubatan dan penyembuhan warisan Rasulullah yang
dihimpunkan oleh para ulama. Maka, ianya mempunyai nilai tersendiri ketika kita
mempelajarinya. Selain mempelajari terapi-terapi penyembuhan, juga melestarikan
dan menggali lebih dalam tentang Sunnah Rasulullah. |
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.