NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | ENSIKLOPEDIA TAFSIR MIMPI - BUKU 2 |
PENULIS | AL-IMAM MUHAMMAD BIN SIRIN / AL-NABLISI |
NO ISBN | 9789675047855 |
HARGA | RM38.00 (S'JUNG) / RM42.00 (SS) |
MUKASURAT | 682 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 795 g |
SINOPSIS
Mimpi
yang benar ada dua bahagian, bahagian yang telah ditafsirkan dan jelas maknanya
sehingga tidak memerlukan kepada penafsiran lagi. Selain itu adalah mimpi yang
tersembunyi yang memerlukan penafsiran kerana di dalamnya terdapat hikmah dan
berita-berita. Sebaik-baik waktu bermimpi adalah waktu di mana buah-buahan
mulai tumbuh dan Nampak. Sedangkan waktu yang lemah dalam bermimpi adalah pada
musim sejuk, sedangkan mimpi pada waktu siang hari lebih kuat dan bagus
daripada mimpi di malam hari.
Mimpi
terkadang berbeza-beza kerana adanya perbezaan penampilan manusia, pekerjaan
mereka, darjat mereka dan agama mereka. Dengan demikian, mimpi boleh menjadi
rahmat bagi seseorang, namun di lain pihak mimpi juga boleh menjadi seksa bagi
orang yang mengalaminya. Sudah seharusnya bagi si peramal untuk mencari bukti
yang kuat atas mimpi yang telah disebutkan kepadanya dan meninggalkan segala
bentuk teguran keras dan kecaman.
Bagi si
peramal atau pentafsir mimpi tidak memandang rendah perkataan: “Aku tidak
mengetahuinya,” jika ia mengalami kesusahan dalam mentafsirkan mimpi. Jelas
bahawasanya Ibnu Sirin adalah orang yang paling ahli dalam bidang ilmu ini,
meskipun demikian jika ditanya tentang mimpi, barangkali ia hanya mentafsirkan.
Seorang
peramal mimpi seharusnya tidak tergesa-gesa dalam mentafsirkan mimpi sehingga
ia terlebih dahulu mengetahui sisi mimpinya, jalan keluarnya dan ukurannya. Selain
itu si peramal juga harus bertanya tentang keadaan diri orang yang bermimpi,
pekerjaannya, kaumnya, kehidupannya dan tidak meninggalkan sesuatu yang dapat dijadikan
bukti dalam mengetahui masalahnya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.