NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SAKARATUL MAUT & ALAM KUBUR |
PENULIS | ABD SHUKUR |
NO ISBN | 9789839045673 |
HARGA | RM12.00 (S'JUNG) / RM13.50 (SS) |
MUKASURAT | 233 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 |
BERAT | 273 g |
SINOPSIS
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
“Nanti orang-orang akan
bertanya kepada engkau, bila terjadinya kiamat itu. Katakanlah bahawa hal
kiamat itu adalah urusan Allahku. Hal ini berat bagi orang-orang yang di langit
dan di bumi, dan terjadinya itu sekonyong-konyong. Mereka menanyakan hal ini kepadamu
seakan-akan engkau adalah yang pintar menjawabnya. Katakanlah bahawa hal ini
adalah ilmu Allahku. Tetapi kebanyakan orang tidak mengetahuinya. (Al-A’raf:
187)
Sabda Rasulullah SAW
bermaksud:
Ketika mayat itu diletakkan
di dalam kubur; maka kubur itu berkata sambil mengeluh: “Aduhai, anak Adam Apakah
engkau lidak tahu bahawa aku ini rumah fitnah, rumah gelap, rumah sempit dan dingin,
rumah cacing? Apakah engkau tidak menduga ketika lalu di atas punggungku? Kalau
sekiranya mayat hamba yang soleh, maka dia akan menjawab dengan baik, kata
kubur itu lagi: Apakah engkau mengerjakan amar makruf nahil mungkar?? Aku
mengubah tubuhmu menjadi rumput menaikkan rohmu kehadrat Allah Taala. (Riwayat
Thabarani)
Disanalah tubuh berbaring. Di tempat gelap, sempit dan dingin. Seluruh tubuh akan dimakan ulat, mata dan telinga akan menjadi sarang cacing. Adapun bagi orang-orang beriman dan beramal soleh, lahat itu serasa tidur di tilam sutera, sedang dan nyaman, dan tekanan kubur itu baginya serasa pangkuan ibunya. Demikianlah sabda Nabi SAW.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.