NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | HIKMAH BULAN RAMADHAN RAHSIA & PENGAJARANNYA |
PENULIS | DR. AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789675047077 |
HARGA | RM 28.00 (S’JUNG) / RM 31.00 (SS) |
MUKASURAT | 314 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 482g |
SINOPSIS
Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jibril selalu memperlihatkan bacaan Al-Quran kepada Rasulullah pada bulan Ramadan. Ketika ajal baginda semakin hampir, Jibril pun memperdengarkan bacaan Al-Quran itu kepada Rasulullah sebanyak dua kali di akhir bulan Ramadan. Maka, Nabi s.a.w. pun mengetahui bahawa ajalnya telah dekat.
Dari hadis ini, kita dapat mengetahui bahawa jika seorang muslim membaca Al-Quran bersama orang lain, akan lebih baik daripada dia membacanya sendiri. Jika dia mendengar bacaan Al-Quran dari orang lain, perkara itu juga lebih baik baginya. Seorang muslim dianjurkan memperbanyakkan membaca Al-Quran pada bulan Ramadan. Kerana pada bulan Ramadan, pahala akan dilipat gandakan.
Ketika Ramadan tiba, biasanya para ulama melakukan kajian keilmuan, lalu mereka berinteraksi dengan Al-Quran, baik dengan cara membaca, merenungi, mahupun menghayatinya. Namun, alangkah lebih baik jika seseorang membaca Al-Quran secara perlahan-lahan sambil merenunginya.
Dalam buku ini, saya membicarakan beberapa persoalan yang perlu diperhatikan bagi orang yang berpuasa. Persoalan-persoalan tersebut saya bahagi kepada beberapa tajuk, agar para imam masjid, khatib, pengajar, penceramah dan pendidik lebih mudah membaca dan memahaminya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.