NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | TASAWUF DALAM NERACA |
PENULIS | DR MUSTAFA GHALWASY |
NO ISBN | 9789833128599 |
HARGA | RM14.00 (S'UJUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 239 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 277 g |
SINOPSIS
Kami tidak mengetahui satu
masalah yang diperselisihkan manusia mengenainya seperti masalah tasawuf dan
perselisihan itu tidak ringan sepertimana yang diperselisihkan dalam kebanyakan
masalah, sehingga ia hanya rnemerlukan pendekatan, penyelarasan, penyelesaian
dan penyesuaian. Akan tetapi perselisihan disini jelas dan luas sampai kepada
darjat bahawa kebanyakan manusia telah mempercayai bahawa jalan ahli sufi ialah
kemuncak manhaj atau kaedah yang boleh menyampaikan manusia kepada manhaj Allah
Taala. Sementara kita dapati orang yang mempercayai - dan mereka adalah golongan
kebanyakan bahawa jalan ahli sufi ialah kemuncak manhaj yang menjauhkan manusia dari
manhaj Allah Taala.
Dari sini pengkaji
memerlukan pertimbangan dan perbandingan yang boleh menyelesaikan perselisihan
mengenai masalah ini yang sudah menjadi umum dan penting yang telah menjadi
perhatian seluruh manusia dalam seluruh lapisan dan kebudayaan, maka tasawuf
telah menyelami akal fikiran ulama yang agung, sebagaimana ia telah menelusuri
hati nurani orang—orang fakir yang sederhana dan tasawuf telah mengubah orang
alimnya kepada syeikh sebagaimana ia telah mengubah orang buta hurufnya kepada
berkehendak. Para pendukung tasawuf mempunyai pendapatnya tersendiri dan
orang-orang yang menentangnya juga mempunyai pendapatnya tersendiri, mereka
masing-masing mempunyai hujjah dan dalil, semuanya menolak hujjah-hujjah yang
lainnya, maka dimanakah letak kebenaran disini? Dan dimana hakikat? Dan dimana
pengkaji harus bermula untuk mencari hakikat, fitrah yang suci, tabiat yang
bersih, jauh dari keterbelakangan dan perselisihan, serta kemanakah harus
menuju?
Dari sini mesti memerlukan
kajian mendalam sekitar tasawuf sehingga pengkaji dapat mengenal pasti bentuk
kebenaran dan meletakkan ukuran-ukuran hakikat di hadapan manusia pencari
hakikat.
Tags: TASAWUF DALAM NERACA
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.