NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SUKSES DENGAN BERIBADAH |
PENULIS | DR SULAIMAN AS-ASYQAR |
NO ISBN | 9789833791460 |
HARGA | RM20.00 (S'UJUNG) / RM22.00 (SS) |
MUKSURAT | 381 KULIT NIPIS |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 447 g |
SINOPSIS
Setiap amal perbuatan mempunyai batasan, syarat dan
balasannya. Hal tersebut telah diterangkan dalam Al-Quran dan hadis. Para ulama
pun telah cuba menjelaskannya daripada pelbagai sisi. Tetapi saya belum pernah
menemui satu buku pun yang memuatkan hal tersebut secara lengkap dan boleh
memberikan penjelasan mendalam kepada pembaca. Yang saya maksudkan dengan amal di
sini adalah amal perbuatan yang menyeluruh, bukan amal perbuatan tertentu yang
telah banyak dibahaskan dalam bab-bab khusus oleh para ulama.
Amal perbuatan yang menyeluruh belum pernah dibahas secara mendalam dalam satu buku pun kecuali buku yang judulnya disebut dalam beberapa buku ushul, iaitu Tahrirul Maqal di Muwazanatil ‘Amal, karangan al-Qudhai al- Muhaddits, yang juga pengarang buku as-Syihab. Menurut az-Zarkasyi dalam bukunya al-Bahml Muhith, beliau hidup pada abad ke-5 Hijriah. Saya telah berusaha mencari buku itu, tapi belum menemuinya. Oleh kerana itu, dengan memohon pertolongan daripada Allah, saya menulis buku ini dengan mengumpulkan nas-nas (teks dalil) Al-Quran dan hadis yang berhubung kait dengan amal perbuatan secara amnya. Buku ini saya bahagikan kepada beberapa bab. Setiap bab terdiri daripada sejumlah sub-topik. Judul setiap sub-topik itu merupakan kesimpulan daripada nas-nas Al-Quran dan hadis yang saya kumpulkan di dalamnya. Selebihnya, saya hanya memberi keterangan yang sesuai dengan keperluan.
Tags: SUKSES DENGAN BERIBADAH
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.