NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KRITERIA WALI PALSU |
PENULIS | MUHAMMAD AL-HAMID |
NO ISBN | 9789832565024 |
HARGA | RM12.00 (S'JUNG) / RM13.50 (SS) |
MUKASURAT | 254 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 295 g |
SINOPSIS
Buku KRITERIA WALI PALSU ini membincangkan hal-hal yang
berkaitan keramat, istidraj serta wali. Dan yang demikian diikuti pula dengan
penjelasan secara panjang lebar tentang wali-wali palsu (mendakwa diri sebagai
wali Allah).
Penjelasan serta hujah yang bertolak dari ayat-ayat al-Quran
dan hadis-hadis Nabi, maka pembaca akan dapat mengetahui dengan jelas apa yang
dimaksudkan keramat dan istidraj, termasuk perbezaan antara keduanya.
Kemudian, pembaca juga akan dapat melihat dengan jelas
fenomena kepalsuan sesetengah ahli sufi (tariqat) yang mengaku sebagai wali; padahal
ditinjau dari sifat-sifat dan perilaku mereka amat jauh terpesong dari apa yang
mereka dakwakan itu.
Dan dengan rasa syukur yang tidak terhingga berkat taufik
dan hidayah-Nya, akhirnya kami dapat menerbitkan buku yang saat ini ada di tangan
saudara
Besar harapan kami semoga buku ini akan memberi manfaat
dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperolehi ilmu untuk
menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat
keredhaan Allah SWT di akhirat kelak dan semoga penerbitan buku ini turut menyumbangkan
ke arah membina generasi masa kini sebagai generasi yang berjaya dan beruntung
di dunia mahupun di akhirat. lnsya Allah
Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang
membina adalah amat dialu- alukan.
Hanya Allah jualah yang dipinta pertolongan, Dialah sebaik-baik pembantu dan penolong, semoga Allah meredhai usaha kita, Amin.
Tags: KRITERIA WALI PALSU
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.