NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | AL-'AZHAMAH KEAGUNGAN (KULIT TEBAL) |
PENULIS | DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789833423859 |
HARGA | RM35.00 (S'JUNG) / RM38.50 (SS) |
MUKASURAT | 404 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 605 g |
SINOPSIS
Pada
mulanya sebelum saya membaca buku keagungan ini, saya menganggap bahawa buku
yang bertajuk “Keagungan” ini hanyalah merupakan sebuah buku biasa yang tiada keistimewaan
berbanding buku-buku yang lainnya. Namun selepas saya mengkaji dan menyelusuri
seluruh makna yang dituliskan dalam buku ini, saya merasa terkagum kepada buku
ini kerana di dalamnya tevrdapat akidah para ulama terdahulu dan penuh dengan
nilai-nilai syariat dan seni bahasa yang sangat tinggi.
Buku
ini merupakan senjata yang hebat untuk meyakinkan orang bukan Islam terhadap Islam.
Ini disebabkan kerana buku ini mampu untuk berdialog dengan hati nurani manusia
mengenai sesuatu perkara yang sesuai dengan pemahaman akal. Dengan demikian
ianya akan menjadikan seseorang itu mahu bertauhid kepada Allah s.w.t. Yang
Maha Agung.
Oleh
kerana itu, buku ini menjadikan hujah dan bukti-bukti yang dikemukakannya sebagai
senjata yang kuat yang dapat diterima secara logik. Tambahan pula bahawa bukti-bukti
tersebut dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya dan disampaikan pula dengan
menggunakan ungkapan-ungkapan yang tersusun indah dan kukuh. Dengan demikian
buku yang penuh dalil ini dapat dijadikan pedoman dan rujukan untuk berdialog
dengan kaum bukan Islam.
Adapun kepentingan dari penulisan kata pembukaan ini adalah bagi menjelaskan kandungan isi buku yang bertajuk “Keagungan” ini. Dengan yang demikian, pembaca akan dapat memahaminya secara lebih mendalam dan mengambil manfaat darinya. Sebagai hasil darinya juga, mengamalkan kandungan isi buku tersebut. Kerana matlamat asas dari buku ini adalah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalamnya dan bukan hanya sekadar membacanya atau mengaguminya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.