NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PEMBAHARUAN 'ILMU-'ILMU AGAMA |
PENULIS | WAHIDUDDIN KHAN |
HARGA | RM10.00 (S'JUNG) / RM11.00 (SS) |
NO ISBN | 9789832565932 |
MUKASURAT | 88 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 6 X 9 |
BERAT | 147 g |
SINOPSIS
Sesungguhnya memperbaharui
agama tidak bermaksud untuk membuat tambahan ke atas agama Allah namun
maksudnya ialah membersihkan agama Ilahi dari debu-debu yang melekat di atasnya
dan membentangkannya dalarn keadaan asli, suci lagi murni
Sesungguhnya
"debu-debu" yang melekat di atas agama Ilahi sentiasa datang dari satu
jenis sepanjang zaman iaitu adanya tambahan manusia keatas agama langit.
Tambahan ini pada mulanya datang dengan sebab faktor-faktor waktu akan tetapi dengan
berlalunya zaman ia sudah menjadi sesuatu yang dikuduskan sehingga di anggap
sebagai sebahagian dari agama Ilahi, manusia percaya seperti mempercayai wahyu
langit sehingga mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka
"sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah", sesuai dengan ibarat
al-Qur'an.
Adanya tambahan seperti ini
bersumber daripada dua sebab dalam bentuk umum: Usaha menentukan hakikat agama
dari sudut luar. Menjelaskan pengajaran-pengajaran agama dengan istilah-istilah
Iogik ('aqal')
Sebagai contoh, kita dapati
kesalahan pertama daripada Taurat (Perjanjian Lama), iaitu bah-bah yang dipenuhi
dengan perincian-perincian juz'iyyah (bahagian) sekitar orang-orang yang menghampirkan
dirinya yang tidak ada kaitannya dengan syari'at Nabi Musa 'Alaihissalam yang
sebenar adab-adab dan cara-cara yang disifatkan oleh AI-Qur'an dengan
"kepayahan-kepayahan dan belenggu-belenggu".
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.