NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | TAKZIAH MENURUT AL-QURAN & SUNNAH |
PENULIS | ZHAFIR IBNU HASAN ALI JAM'AN |
NO ISBN | 9789833791545 |
HARGA | RM15.00 (S'JUNG) / RM16.50 (SS) |
MUKASURAT | 241 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 304 g |
SINOPSIS
Oleh kerana topik tentang takziah merupakan topik yang
sangat panting dalam kehidupan seorang muslim dan masyarakat sangat memerlukan
penjelasan mengenai masalah ini, sementara buku-buku yang mengkaji tentang
masalah ini adalah sangat minimum, maka penulis termotivasi untuk mengkaji topik
ini. Penulis telah mempelajari semua bab tentang takziah dan menganalisis semua
masalah yang berkaitan dengannya. Dalam mengkaji masalah takziah ini, penulis berusaha
untuk merujuk pada atsar, hadis-hadis Nabi dan pendapat para ulama. Harapan
kita semoga Allah memberkati usaha penulis ini.
Dalam buku ini, penulis berusaha menyajikan semua
hukum-hukum takziah yang penulis kutip dari perbahasan tentang kitab jenazah.
Dalam pendahuluan buku ini, penulis membahas tentang keadaan manusia ketika
tertimpa musibah dan keutamaan bersabar dalam menghadapi segala musihah dan
cubaan. Dalam penutup buku ini, penulis menghuraikan tentang adab-adab takziah.
Dalam buku ini, penulis juga menghuraikan beberapa perbahasan yang dianggap
oleh sehahagian kalangan tidak terkait dengan perhahasan bab takziah. Menurut
hemat penulis, perbahasan perbahasan ini termasuk dalam perbahasan bab takziah,
kerana perbahasan-perbahasan ini terkait erat dengan mayat seperti masalah
penyiaran khabar dukacita, menangisi mayat, mendoakan si mayat dan menghadiahkan
pahala dengan pelhagai amalan untuk si mayat. Oleh kerana perbahasan ini
terkait erat dengan masalah takziah, maka penulis mengkaji masalah-masalah
tersebut dalam buku ini. Di samping itu, dalam buku ini, penulis juga
menyajikan biografi ringkas beberapa tokoh dan ulama. Kandungan perbahasan buku
ini terdiri dari pendahuluan, lima bab perbahasan dan penutup.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.