NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PANDUAN QURBAN, AQIQAH DAN KHITAN |
PENULIS | MUHAMMAD HUSNAN KARIM |
NO ISBN | 9789675047060 |
HARGA | RM14.00 (S'JUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 256 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 6 X 9 |
BERAT | 327 g |
SINOPSIS
Dalam
buku ini, dihuraikan secara terperinci segala masalah yang berkaitan dengan
tiga bentuk amalan yang telah menjadi kelaziman kaum muslimin dari dahulu
hingga sekarang. Tiga ibadah yang kami maksudkan ialah: ibadah qurban, aqiqah
dan berkhitan. Walaupun ketiga-tiga ibadah ini sunat hukumnya, tetapi
ketiga-tiganya mempunyai hikmah yang besar dan ganjaran yang hebat. Benar,
mereka mengkhitankan anak-anak mereka, tetapi hal itu mereka lakukan tidak
disertai dengan penghayatan terhadap makna khitan. Mereka merasa cukup dengan
membawa anak mereka ke klinik dan membayar upah sekian ringgit, lalu selesai.
Mereka tidak pernah mencuri tahu makna apa yang ada di sebalik khitan itu,
sehingga mereka tidak peduli dengan aspek spiritual dan sosial dari berkhitan
itu.
Demikian
pula halnya dengan aqiqah. Bahkan mungkin ada sesetengah orang yang menganggap
aqiqah sebagai sesuatu yang melanggar prinsip ekonomi, sebagai penghamburan
Wang untuk sesuatu yang tidak nyata manfaatnya. Atau ada pula orang malah
mengganti aqiqah itu dengan berpesta ria menyambut kelahiran bayi yang tidak boleh
kita temukan dasarnya dalam agama.
Buku
ini disusun berdasarkan keperluan praktikal tersebut. Yakni di samping memberi
gambaran tentang berkhitan dan aqiqah juga seboleh mungkin mengungkap hikmatut tasyri’ berkhitan dan aqiqah.
Namun demikian, kami berusaha untuk tidak melupakan dimensi keilmuan dengan
tetap menampilkan khazanah pemikiran Islam dalam masalah berkhitan dan aqiqah.
Dalam
pada itu, kami sentiasa bermohon kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan buku ini
mampu menambah khazanah keilmuan kita dan dengan reda-Nya pula kita dapat
memperolehi manfaat yang sebanyak-banyaknnya. Amin.
Tags: PANDUAN QURBAN, AQIQAH DAN KHITAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.