NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | 99 DOA-DOA “CINTA” SUAMI ISTERI |
PENULIS | IBNI MUHAMMAD YUSUF |
NO ISBN | 9789670528274 |
HARGA | RM 12.00 (S’JUNG) / RM 14.00 (SS) |
MUKASURAT | 167 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 221g |
SINOPSIS
Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: “lnginkah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyelamatkan kamu dari musuh-musuh dan memudahkan rezeki bagi kamu? Maka berdoalah kamu kepada Allah pada waktu malam dan siang, kerana sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.” (HR. Abu Ya’la)
Menerusi ayat Al-Quran dan hadis tersebut sangat jelas disebutkan bahawa doa mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengan doa, segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Allah sangat sayang kepada hamba-Nya sehingga Dia selalu mengabulkan doa hamba-Nya yang bertakwa, iaitu orang-orang yang mahu melaksanakan ibadah kepada-Nya. Jadi, berdoa tidak akan pernah membuat kita rugi kerana akan selalu dikabulkan oleh Allah. Allah mengabulkan doa anda menerusi tiga cara, iaitu:
1. Segera dikabulkan atau pada waktu itu juga.
2. Ditangguhkan dan akan dikabulkan hingga ke waktu yang paling tepat untuk kita menurut Allah. Kerana Allah Maha Tahu waktu terbaik dan yang paling tepat untuk memberi sesuatu kepada hamba-Nya
3. Disimpan untuk dijadikan sebagai penolong di akhirat kelak.
“Tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah dengan suatu doa yang di dalamnya tidak mengandungi dosa dan pemutusan silaturrahim, melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga kemungkinan: (iaitu) dikabulkan segera doanya itu, atau Dia akan menyimpan baginya di akhirat kelak, atau Dia akan menghindarkan darinya keburukan yang semisalnya.” Maka para sahabat pun berkata: “Kalau begitu kita memperbanyakkannya.” Baginda bersabda: “Allah lebih banyak (memberikan pahala).” (HR. Ahmad, Bukhari dalam Adabul Mufrad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.)
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.