NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | AKHLAK MALAM PENGANTIN |
PENULIS | MUHAMMAD NASIRUDDIN ALBANI |
NO ISBN | 9789670528212 |
HARGA | RM 12 (S’JUNG), RM 14(S/S) |
MUKA SURAT | 168 (Kulit Nipis) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 222g |
SINOPSIS
Buku yang sedang anda baca ini merupakan suatu model dari kaedah atau aspek-aspek kehidupan manusia dalam menyelenggarakan upacara perkahwinan menurut Sunnah Rasulullah s.a.w. yang banyak diabaikan oleh kaum muslimin. Dengan menjauhkan diri dari Sunnah-sunnah Islam itu, mereka tersesat ke dalam lembah kehinaan dan masuk ke alam jahiliah moden yang mereka anggap suatu kemajuan. Kaum muslimin juga meniru gaya Barat yang tidak sesuai dengan ajaran Islam, mulai dengan cara meminang, pergaulan sebelum menikah, sampai pada upacara yang banyak menghamburkan waktu dan tenaga. Malah ada sebahagian kaum muslimin yang tidak ingin menikah, kerana tidak mampu membayar belanja pernikahan yang sangat membebankan.
Alhamdulillah, saudara kami yang jauh di mata, Syeikh Abu Abdurrahman Muhammad Nashir Nuh Najati Albani, seorang ulama Sunnah yang telah menghabiskan masa hidupnya hanya untuk menegakkan Islam, tergerak dalam hatinya untuk kembali menghidupkan nilai-nilai Islam dengan berbagai macam usaha. Beliau telah meletakkan di pangkuan kaum muslimin pedoman ajaran yang benar berdasarkan ajaran Rasulullah s.a.w. dalam menyelenggarakan pesta perkahwinan. Di sela-sela kesibukannya, beliau menyempatkan waktu untuk menggali Sunnah-sunnah Nabi s.a.w tentang kehidupan suami isteri, pembinaan rumah tangga dan keluarga Islam yang sudah menjadi Sunnatullah.
Tags: AKHLAK MALAM PENGANTIN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.