NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | Teknik Mendidik Kecemerlangan Anak Dalam Kandungan |
PENULIS | Muhammad Ibrahim Salim |
NO ISBN | 9789832565871 |
HARGA | RM 23.50 (S’jung), RM 25.90 (S/S) |
MUKA SURAT | 334 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 431g |
SINOPSIS
Sebagai peringatan, dalam bab ini dikemukakan bahawa Allah SWT telah membuat janji semua roh (nyawa) semasa mereka berada di alam barzakh untuk mengaku berTuhan kepada Allah sebelum masing-masing mereka menjalankan perintah, yakni satu roh memberi hidup kepada seseorang manusia. Perjanjian itu terdapat dalam firman Allah SWT bermaksud:
“Dan (ingatlah), ketika tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap nyawa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi...." (Al-A 'raf: 1 72)
Mendidik anak dalam kandungan, merupakan suatu kerja yang penting. Apa yang diperlukan ialah niat, cita-cita, tekad dan kesungguhan melakukan kerja. Keupayaan mendidik anak dalam kandungan, adalah sama halnya dengan mendidik anak pada amnya, dan dikatakan kerja yang amat penting kerana ia memerlukan dedikasi yang tinggi dan usaha-usaha mendidik harus mengikuti petua dan teknik tertentu. Di samping itu, usaha tersebut memerlukan pengorbanan masa, penjagaan kesihatan isteri dan bayi yang dikandungnya, dan di samping itu memerlukan pemikiran aktif, tenaga dan kewangan yang melibatkan kos yang tinggi.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.