NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | FADHILAT HAJAR ASWAD & MAQAM IBRAHIM |
PENULIS | SAID BAKDASY |
NO ISBN | 9789675047169 |
HARGA | RM 12.00 (S’JUNG) / RM 13.50 (SS) |
MUKASURAT | 214 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 247g |
SINOPSIS
Cetakan ini berbeza dengan cetakan sebelumnya dengan pentahkikan kebanyakan masalah-masalah fiqhiyah yang disebutkan dalam kitab ini, dan tambahan-tambahan penting yang saya letakkan pada tempat-tempat, ditambahkan dengan gambar Maqam Ibrahim a.s daripada dalam, yang menampakkan tempat kedua tapak kakinya yang mulia a.s, iaitu gambar yang jarang didapati, setelah saya menunggu begitu lama sehingga Allah memudahkan bagi saya untuk mendapatkannya dan saya masukkan dalam cetakan ini.
Saya juga menambahkan gambar lain yang menunjukkan tempat Hajar Aswad pada Kaabah Al-Musyarrafah, dan Maqam Ibrahim a.s yang ditutupi dengan jaring emas, sebagaimana kelihatan tempat Perigi Zam-zam di tempat tawaf.
Kaedah yang saya gunakan dalam penulisan tentang Hajar Aswad dan Al-Maqam sama seperti dalam penulisan tentang: (Fadilat Air Zam-zam), yang mana saya telah berusaha mengkaji apa yang telah ditulis tentang keduanya dalam kitab-kitab tarikh Mekah Al-Mukarramah, sejak dahulu dan sekarang, cetakan dan manuskrip, apa yang disebutkan tentang keduanya dalam kitab- kitab tafsir, sunah nabawi dan huraian-huraiannya, kitab-kitab fiqh, manasik-manasik dan sebagainya.
Perkara yang mendorong saya untuk mengkhaskan Al-Hajar dan Al- Maqam dalam satu kitab, kerana saya tidak mendapati sebuah kitab tersendiri berkenaan keduanya, untuk memudahkan merujuk dan mengenalinya, saya menghimpunkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.