NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | Iskandar Zulkarnain Bah 1 |
PENULIS | Muhammad Khair Ramadhan Yusuf |
NO ISBN | 9789832087793 |
HARGA | RM 15.00 (S’jung), RM 16.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 306 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 341g |
SINOPSIS
Dan di antara seramai-ramai manusia yang menguasai dunia ini, membuka jajahan takluk dengan dibantu oleh pengikut-pengikutnya, ada seorang lelaki yang menguasai hampir keseluruhan dunia ini. Kerajaannya meliputi timur dan barat. Beliau ialah Zulkarnain pemerintah yang agung. Kehebatannya telah mendapat pujian daripada Allah s.w.t. di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis rasul-Nya s.a.w.
Saya bertanya pada seorang ulama,”Apakah pendapat profesor jika saya mahu menulis sebuah kitab yang berkaitan dengan Zulkarnain?” Beliau menjawab,”Janganlah kamu melakukannya.” Saya bertanya lagi,”Kenapa?” Jawabnya, "Kerana kamu pasti tidak akan berhasil mendapatkan keputusan cerita tersebut.”
Tetapi apa yang membuatkan saya tetap bersemangat untuk menulis kisah ini ialah:
• Gedung-gedung perpustakaan Islam amat kosong dari sejarah dan cerita pemerintah soleh yang Allah sendiri telah memuji kemuliaannya.
• Sebagai suatu percubaan bagi saya untuk membersihkan sejarah Zulkarnain yang terpesong dan untuk saya menthabitkan kebenaran kisahnya serta menolak segala kepalsuan yang terdapat padanya.
• Menjelaskan masalah perselisihan pendapat berkenaan dengan Zulkarnain dan menthabitkan keperibadiannya kerana para ahli sejarah tidak memberikan bukti yang meyakinkan tentang kisah Zulkarnain ini.
• Agar dapat membezakan keadilan dan ketelusan hati pemerintah dunia agung ini dengan kekarutan sekular zaman ini yang sentiasa mengejar kemewahan dunia dan saya tidak menamakannya sebagai suatu kemajuan.
• Untuk menthabitkan dua bangsa iaitu Ya’juj dan Ma’juj.
• Adakah benteng besi yang dibina oleh Zulkarnain suatu ketika dahulu masih wujud pada masa sekarang ini? Jika wujud di manakah ia terletak?
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.