NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SIFAT 3 ALAM |
PENULIS | ABI ZAR AL-QALUMUNI |
NO ISBN | 9789675047183 |
HARGA | RM44.50 (S'UJUNG) / RM49.00 (SS) |
MUKASURAT | 660 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 726 g |
SINOPSIS
Allah s.w.t. menjadikan
kebaikan sebagai jalan menuju ke syurga dan menjadikan keburukan sebagai jalan
menuju ke neraka. Allah s.w.t. juga telah membuat tiga alam iaitu alam bagi
mereka yang telah berbuat baik, dan haram bagi selain mereka, yang di dalamnya
terkumpul semua kebaikan iaitu syurga.
Kemudian alam bagi mereka
yang melakukan perbuatan-perbuatan keji dan tidak akan masuk kecuali golongan
orang-orang yang melakukan kekejian, alam ini disebut neraka.
Lalu Allah s.w.t. juga telah
menciptakan suatu alam yang di dalamnya terkumpul kebaikan dan juga kekejian.
Kedua-dua jenis ini bercampur di dalamnya, alam ini disebut dunia. Di alam ini
terdapat pelbagai jenis bentuk cubaan dan juga ujian disebabkan di dalamnya bersatu
kebaikan dan juga kekejian.
Seolah-olah Allah s.w.t
berkehendak itu (mengumpulkan perbahasan mengenai ketiga-tiga alam ini) adalah
untuk memberikan pahala kepada imam Ibnu Katsir Rahimahullahu dan bukan kepada
para ulama sahaja. Kitab Tafsir karangan Ibnu Katsir hampir mengisi
perpustakaan dunia, namun Allah s.w.t. berkeinginan juga untuk memberikan
pahala kepada semua kaum muslimin. Hanva Allah s.w.t yang mengetahui betapa
sayangnya untuk para seisi bumi, khususnya kepada imam Ibnu Katsir
Rahimahullahu.
Di dalam penyusunan buku
ini, ada yang telah saya ringkaskan daripada ringkasan buku yang ada, tanda ada
pengurangan makna di dalam penjelasannya. Saya juga tidak memaparkan semua ayat
Al-Quran mengenai tiga alam ini, sebab khuatir akan menyebabkan penjelasan
menjadi keliru dan kabur. Jika saya melihat Imam Ibnu Katsir Rahimahullahu
memaparkan dua ayat yang mempunyai makna yang sama pada dua tempat di dalam Al-Quran,
maka saya mencukupkan untuk menyebutkan ayat yang lebih banyak penafsirannya.
Demikian juga saya tidak
menambahkan walau sedikit pun daripada apa yang telah ada di dalam tafsir (dan
saya tidak boleh melakukannya) yang juga merupakan kaedah ringkasan kecuali
pada beberapa hal, yang saya tambahkan untuk menjadikan faedahnya lebih besar
dan bermanfaat bagi kita semua, amin ya Rabbal alamin.
Tags: SIFAT 3 ALAM
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.