NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KITAB AL-WARA |
PENULIS | AHMAD AL-BASAL AL-HAMBALI |
NO ISBN | 9789833791026 |
HARGA | RM18.00 (S'JUNG) RM20.00 (SS) |
MUKASURAT | 347 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 400 g |
SINOPSIS
-“Katakanlah (Wahai Muhammad):
Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah kepada Allah dengan penuh keikhlasan serta memurnikan
ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama. Dan aku diperitahkan agar menjadi
orang yang pertama-tama berserah diri.”
-“Padahal mereka tidak disuruh
kecuali agar menyembah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam
menjalankan agama dengan lurus serta agar mereka mendirikan solat dan
menunaikan zakat, kerana yang demikian itulah agama yang lurus.”
-“kecuali orang-orang yang
bertaubat dan melakukan perbuatan baik dan berpegang teguh kepada agama Allah
serta tulus ikhlas mengerjakan agama mereka kerana Allah, maka mereka itu
adalah sama-sama orang yang beriman, serta kelak Allah akan memberikan pahala
yang besar kepada orang-orang yang beriman.”
-sahabat Abi Ayub Al-Anshari
r.a berkata: Suatu waktu Rasulullah datang kepadaku dan terlihat sangat
gembira. Kemudian beliau bersabda: “taatlah kamu sekalian kepada perintahku
selagi aku masih disisimu. Dan berpegang-teguhlah kepada kitabullah (Al-Quran),
halalkanlah barang yang halal dan haramkanlah barang yang haram.”
-Sahabat Jabir r.a telah
berkata : “Sesungguhnya Al-Quran adalah penolong bagi orang yang meminta
pertolongan. Sesiapa mengikut petunjuk Al-Quran, maka Al-Quran akan menuntunnya
kedalam syurga. Dan sesiapa yang meninggalkan petunjuk Al-Quran, maka akan
dilemparkan kepada seksa neraka.”
Tags: KITAB AL-WARA
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.