NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | RAHSIA TELAGA EMAS PINTU-PINTU REZEKI |
PENULIS | IMAM MUHAMMAD MUTAWALLY ASY-SYA'RAWI |
NO ISBN | 9789675420054 |
HARGA | RM48.50 (S'JUNG) /RM53.50 (SS) |
MUKASURAT | 753 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 869 g |
SINOPSIS
Terlebih dahulu kita
bertanya: Apakah rezeki itu? Rezeki ialah apa yang mendatangkan faedah
dengannya. Maka anda akan makan adalah rezeki, yang anda minum adalah rezeki,
yang anda pakai adalah rezeki, yang anda pelajari adalah rezeki, sifat-sifat
ciptaan dari kesabaran, kebijaksanaan, keberanian dan sebagainya adalah rezeki,
dan tiap-tiap sesuatu yang mendatangkan faedah dinamakan rezeki.
Akan tetapi manakala Allah
SWT berfirman: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada
kamu, iaitu yang halal lagi baik”, maka ia dimaksudkan kepada apa yang dimakan
manusia. Apabila Allah mengatakan demikian maka yang dimaksudkan ialah
hendaklah manusia itu memakan rezeki yang halal lagi baik. Jika demikian maka
di sana ada rezeki yang yang haram, sebagai contoh pencuri yang mencuri sesuatu
yang mendatangkan faedah, rezeki ini datang dari jalan yang haram, dan
sekiranya dia bersabar nescaya ia akan datang ke mulutnya kerana ia adalah
rezekinya. Atau rezeki itu ialah apa yang dihalalkan Allah, dan disini ulama
berselisih dan sebahagiannya bertanya: Adakah rezeki itu ialah yang halal
sahaja dan selainnya bukan rezeki? Dan sebahagian lainnya berkata: Adakah
rezeki itu ialah apa yang mendatangkan faedah dan daripadanya ada yang halal
dan ada yang haram?
Kitab ini: “kunci-kunci
rezeki… dan pintu-pintu kelapangan” oleh Al-Imam Muhammad Mutawally
Asy-Sya’rawi-rahimahullah- menyebutkan sejumlah sebab-sebab “syar’iyah” yang
menyampaikan kepada kekayaan yang halal, maka jadikanlah pegangan-wahai saudara
yang mulia dan berjalanlah atas petunjuknya, dan ketahuilah bahawa pada dasarnya
ia tidak memberi kesan, bahkan dengan kudrat Allah Tabaraka Wataala.
Demikianlah dan usaha kita
dalam kitab ini:
Mengumpulkan bahan-bahan
ilmiah dari buah fikiran Al-Imam Asy-Sya’rawi, kemudian menyusunnya setelah
diringkaskan.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.