NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | AS-SIRAH AN-NABAWIYAH |
PENULIS | MUHAMMAD MUTAWALLI SYA’RAWI |
NO ISBN | 9789832179733 |
HARGA | RM 59.90 (S’JUNG) / RM 65.90 (SS) |
MUKASURAT | 581 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 967g |
SINOPSIS
Ilmu sejarah kenabian juga mengajar kita erti perjuangan dan pengorbanan. Di sini akan kita ketahui secara terperinci bagaimana bentuk perjuangan Rasul selama menyebarkan dakwah Islam, dan segala macam bentuk cubaan dan cabaran yang menghalang usahanya. Kemudian di bahagian akhir dijelaskan bagaimana pertolongan Allah s.w.t diturunkan untuk membantu Rasul-Nya, baik berupa dukungan, pasukan perang yang tidak dilihat oleh mata kasar, dan para malaikat. Selain itu, kedudukan Rasul s.a.w juga disokong oleh mukjizat, keberkatan-keberkatan yang diturunkan oleh Allah, dan pandangan terhadap seluruh fenomena hidup, hingga Rasul dapat memahami pesanan dan hikmah yang terjadi di sebalik fenomena tersebut.
Buku ini diterbitkan oleh penerbit dengan niat untuk memperluaskan dan menyampaikan hasil karya-karya daripada Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi. Ini kerana, penerbit melihat begitu banyak sekali hasil karya beliau seperti permata yang bertebaran dengan meluasnya.
Buku ini ditulis dalam bentuk susunan sebagai berikut:
Pertama, membaca seluruh tulisan Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi yang bertebaran di mana-mana, baik di majalah-majalah, surat khabar, dan dialog umum dalam pelbagai kesempatan.
Kedua, membatasi penggunaan ayat dan hadis-hadis maudhu’ yang tidak masyhur. Begitu juga dengan hasil ceramahnya yang diabadikan dalam bebrbagai kaset, video, cakera padat, telah dibukukan dan diterbitkan secara meluas.
Tags: AS-SIRAH AN-NABAWIYAH
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.