NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PETUNJUK KENABIAN YANG SUDAH WUJUD DAN BELUM WUJUD |
PENULIS | RAJA’ ATIYYAH |
NO ISBN | 9789675047206 |
HARGA | RM 30.00 (S’JUNG) / RM 33.00 (SS) |
MUKASURAT | 553 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 614g |
SINOPSIS
Allah telah memberikan kemuliaan kepada diri saya sejak kecil lagi rasa cinta yang amat sangat untuk mempelajari kitab-kitab tentang sejarah kehidupan Rasulullah, lebih-lebih lagi pada pembahasan tentang peperangan dan mukjizat baginda. Rasa cinta ini terus bertambah seiring dengan perjalanan waktu. Ketika saya ditakdirkan dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi dan menjadi salah seorang mahasiswa dalam jurusan hadis, saya rasa jiwa saya sudah dapat apa yang selama ini saya inginkan. Saya selalu mempelajari kitab al-Maghazi dan kitab tentang tanda-tanda kenabian Rasulullah daripada berbagai jenis buku-buku hadis apabila saya mempunyai kesempatan sewaktu masa kuliah.
Ketika sedang di dalam bilik kuliah pernah terdetik di hati saya idea untuk mengumpulkan mukjizat Rasulullah di dalam bahasa daerah India, iaitu bahasa Urdu. Disebabkan tema ini terlalu besar dan sedikit pula pengetahuan yang saya miliki tentang hal ini maka keinginan itu terhenti. Selanjutnya, saya pula disibukkan dengan tugas-tugas kuliah dan terlupa akan tema tersebut.
Kemudian, ketika Allah memberikan kemuliaan kepada saya dengan memberikan kepada saya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar pada program pasca sarjana, sungguh suatu kebetulan yang membahagiakan ketika Ustaz Dr. Abdul Mahdi Abdul Qadir, timbalan pensyarah di fakulti Ushuluddin Kaherah-semoga Allah melindunginya memberikan beberapa hadis kepada saya untuk diriwayatkan dan ditelaah. Di mana hal ini merupakan tugas di kelas pada peringkat diploma dua program pasca sarjana. Hadis-hadis tersebut berjumlah lebih dari dua puluh hadis. Semuanya membahas tentang "Petunjuk Rasulullah”. Hal ini seolah-olah menjadi penggerak keinginan yang terpendam dan menjadi pendorong jiwa. Daripada sinilah ketika saya diberikan kesempatan untuk mendaftarkan judul tesis untuk memperoleh gelaran sarjana, maka tesis saya itu saya berikan judul "Min Huda an-Nubuwat (Petunjuk Rasulullah, yang telah wujud dan belum wujud)". Saya sangat
bahagia kerana dapat mengumpulkan Petunjuk-Petunjuk Rasulullah yang dapat ditelusuri dan ditemukan pada berbagai kitab-kitab hadis untuk kemudian dijadikan dalam satu buku. Mudah-mudahan apa yang saya persembahkan ini tercatat sebagai bentuk khidmat saya untuk ajaran Islam, kaum muslimin, dan sunah Rasulullah.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.