NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | ENSIKLOPEDIA WASIAT-WASIAT RASULULLAH SAW |
PENULIS | DR. MUHAMMAD BAKAR ISMAIL |
NO ISBN | 9789670398648 |
HARGA | RM150.00 (S'UJUNG) / RM155.00 (SS) |
MUKASURAT | 1137 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 8 1/2 X 12 |
BERAT | 2821 g |
SINOPSIS
Hikmah adalah
kecerdasan, mendapat petunjuk kebenaran, perkataan dan perbuatan yang benar dan
tidak ada unsur lain di sebaliknya, maka inilah iman yang sebaik-baik
bentuknya, keredaan pada setiap makna-makna yang tersirat di dalamnya.
Hikmah juga
adalah ketakwaan yang tidak dibiarkan bagi orang yang “panas”, ia juga adalah
suatu maksud pada tahap yang tertinggi, keteguhan pada tahap yang terbaik dan
juga ia adalah kemuliaan yang terpancar pada diri seorang mukmin, baik ketika
dirinya berbicara mahupun ketika diamnya. Ia juga adalah kemuliaan pada semua
tempat kebanggaan, yang tidak dapat diketahui kecuali oleh orang yang
mendapatkannya, iaitu orang yang pembicaraannya adalah zikir, diamnya adalah
pemikiran dan pandangannya adalah ibrah atau pelajaran.
Perkara ini
boleh dibuktikan pada setiap langkah, ucapan dan perbuatannya, yang terpancar
hikmah Quran di dalamnya. Orang-orang boleh menyaksikan akhlaknya yang mulia,
perbuatannya yang bijak, disebabkan ada makna-makna daripada wahyu Allah s.w.t
yang diturunkan kepadanya dan disaksikan oleh ramai manusia, yang akhirnya juga
mengikut ajaran risalah yang dibawanya.
Allah SWT
telah banyak menjelaskan sifat dan bentuknya yang baik, kedudukannya yang
tinggi dan tugasnya pada Al-Quran yang sangat besar. Jika kesemuanya ini
dikumpulkan, dapat dibuat kesimpulan bahawa baginda adalah sebaik-baik ciptaan
Allah SWT dan semulia-mulia utusan Allah SWT di muka bumi.
Buku saya
yang kini ada di tangan para pembaca ini adalah kumpulan daripada sinar hikmah
Rasulullah SAW yang dapat menyinari para pencari hikmah daripada golongan kaum
muslimin, serta yang lain jika mereka berkehendak untuk mencarinya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.