NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | ENSIKLOPEDIA SUNNAH RASULULLAH |
PENULIS | 'ADIL SYAUSAH |
NO ISBN | 9789670398938 |
HARGA | RM55.00 (S'UJUNG) / RM60.00 (SS) |
MUKASURAT | 498 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 994 g |
SINOPSIS
Dalam
menjalin bentuk hubungan yang pertama dan ketiga, seorang muslim hendaklah
tetap bergantung kepada Allah SWT di dalam meminta pertolongan atau selalu
ingat kepada Allah SWT baik secara terang-terangan, agar manusia berwaspada
dalam menghadapi berbagai ancaman dan selalu berusaha melakukan kebaikan serta
menempatkan dirinya di antara khauf (ketakutan) dan raja’ (harapan) kepada
Allah, takut dari azab Allah SWT dan menjauhinya serta berharap agar Allah SWT
melapangkan rahmat dan berkat-Nya, sehingga dia akan menghadap kepada Allah SWT
dengan penuh ketaatan dan amal soleh. Ini kerana dalam setiap yang di dalamnya
terdapat manfaat baik secara khusus mahupun umum ada hak Allah SWT. Oleh kerana
itu, kita wajib melaksanakan ibadah secara sempurna kepada Allah SWT.
Tajuk-tajuk
di dalam buku ini sebenarnya bersumber dari buku-buku yang sangat berharga
sekali, iaitu buku-buku karangan Imam an-Nawawi “Riyadus Solehin” yang di
dalamnya terdapat sebanyak lebih kurang dua ribu hadis (tepatnya 1898 hadis). Semua
ini merupakan hadis-hadis sahih dan hasan, tidak ada maudhu’ mahupun yang
dhaif. Setiap buku yang dikarang oleh Imam an-Nawawi r.h adalah baik dan penuh
berkat. Buku-bukunya mempunyai keistimewaan dari sisi pemilihan tajuk yang
tepat dan mempunyai tujuan-tujuan yang bermanfaat serta sesuai dengan berbagai
keinginan dan keadaan.
Setiap tajuk
dari berbagai tajuk dalam buku ini boleh menjadi pelajaran khusus dan umum,
teks khutbah Jumaat, juga boleh disampaikan dalam berbagai pertemuan khusus
serta dalam pertemuan yang melibatkan kaum lelaki dan perempuan. Sebab di
dalamnya terdapat banyak manfaat, termasuk manfaat secara bahasa yang sangat
banyak, kekayaan intelektual dan pendidikan.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.