NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | POTRET PERIBADI MUHAMMAD SAW |
PENULIS | DR AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789675047923 |
HARGA | RM14.00 (S'JUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 210 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 257 g |
SINOPSIS
Rasanya tidak mampu untuk saya
menahan diri dari tidak meluahkan perasaan dalam tulisan tentang manusia yang
paling saya kasihi dalam hati, iaitu Muhammad SAW. Sesungguhnya saya bukanlah
sedang menulis tentang seorang pemimpin politik yang sedang menyampaikan
manifestonya kepada khalayak bangsanya atau cuba menjelaskan kepada para
pengikutnya tentang semua rancangannya, untuk membangun sebuah negara. Tidak! Akan
tetapi, saya menulis tentang seorang utusan Allah, yang di utus untuk membawa rahmat
bagi umat manusia semuanya.
Saya tidak berkuasa untuk
bersikap tidak memihak, kerana saya bukan menulis tentang seorang sultan yang
menguasai manusia dengan pedangnya serta mempertakuti manusia dengan kekuasaan,
pengaruh dan propaganda yang ada padanya, melainkan saya menulis tentang
seorang yang terpelihara dari dosa-dosa. Allah telah melapangkan dadanya,
memaafkan semua dosa-dosanya dan meninggikan sebutannya.
“sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.” (surah Al-Ahzaab (33):21)
Sesungguhnya saya menulis
tentang lelaki yang paling dihargai, insan yang paling dimuliakan, manusia yang
paling utama dan makhluk yang paling suci. Rujukan saya dalam penulisan ini
adalah data cinta yang tersimpan dalam kalbu dan sumber dalam hal ini ada dalam
daftar kekaguman yang terukir dalam ingatan.
Saya menulis seolah-olah
dengan semua saraf tubuh, urat jantung dan seolah-olah dakwat yang saya gunakan
untuknya adalah terdiri daripada darah dan air mata.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.