NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KARAKTER WANITA IDAMAN DI MATA LELAKI |
PENULIS | AIMAN ABDUL LATIF |
NO ISBN | 9789670398112 |
HARGA | RM17.50 (S'UJUNG) / RM19.50 (SS) |
MUKASURAT | 260 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 312 g |
SINOPSIS
Maka wanita
yang terpelajar dan bertakwa adalah anugerah Allah, utusan penyelamat, bahkan
sebagai sumber kebahagiaan dan kebanggaan. Wanita diciptakan untuk
menyempurnakan norma alam semesta (kelangsungan kehidupan alam ciptaan), dan
untuk melaksanakan misinya itu, tidak akan membuahkan hasil kecuali dengan
menghantarnya kepada pasangannya yang kedua, iaitu lelaki, demikian ini untuk
mengabadikan kewujudannya di alam raya serta untuk menyebarluaskan pembangunan
alam.
Kerana itu,
wanita adalah tali penghubung antara keluarga, penghubung antara anggota
negeri, jalan darah dalam tubuh umat yang meniupkan roh kehidupan dan kekuatan
cita-cita, wanitalah yang diamanahkan Allah Taala setiap makna pemikat yang
menarik, kerana keindahannya, keanggunannya dan kehalusannya yang menawan,
menjadikannya sebagai peribadi yang dapat menguasai hati.
Wanita adalah
teman yang dipercayai, teman lelaki dalam kehidupannya, dalam suka dan dukanya,
dimana ia akan menemukan ketenteraman bersamanya sepulangnya bekerja dengan
membawa kepenatan dan hiruk pikuk hidup. Di situ ia diliputi oleh kelembutan
dan kasih sayang, saat bibirnya menyimpulkan senyum manisnya, dan tatapan
matanya yang menyihir menembus langsung ke relung jiwanya, sehingga membuatnya
lupa akan letih dan bosan yang sedang dirasakannya. Siapa lagi yang mampu
mendampingi lelaki yang hatinya telah diliputi duka selain wanita?
Adakah lelaki
berakal yang mampu melalui perkara sukar tanpa wanita? Padahal ditangan wanita
itu batu-batu yang keras boleh hancur, malam gelap boleh bening, seperti yang
terdapat pada diri para wanita solehah, di mana pada diri mereka dapat
ditemukan ketenteraman dan perkataan mereka dapat melahirkan daya tarik.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.