NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG MANDI WAJIB & WUDUK |
PENULIS | AL-MISRI |
NO ISBN | 9789675420863 |
HARGA | RM 25.00 (S’JUNG), RM 27.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 464 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 564g |
SINOPSIS
Adalah suatu hal yang sudah sama-sama kita ketahui bahawa kewajipan seorang yang beriman meyakini akidah adalah menyembah Allah sesuai dengan apa yang disampaikan baginda Rasulullah. Hal ini tidak terwujud kecuali dengan menyesuaikan pada Al-Quran dan membenarkan sunnah baginda Rasulullah Sayyidul Anam.
Semua ini memerlukan pengkajian hadis, bertujuan untuk memastikan kesahihan dalil dan juga memerlukan pengkajian ilmu hukum-hukum dan perbuatan hamba yang dikenal selepasnya dengan nama Fiqah Islami. Baginda Rasulullah telah bersabda:
"Siapa yang diinginkan baik oleh Allah, maka Allah akan memahamkan agama padanya."
Melalui ilmu ini, seorang muslim dapat menerapkan semua suluk, muamalah dan ibadahnya. Melalui ini seorang muslim dapat membezakan antara yang halal dan yang haram, sehingga dapat membantunya melakukan perbuatan yang halal dan menjauhi perbuatan yang haram.
Dengan fiqah, seorang muslim dapat mempelajari fiqah nikah, sehingga dirinya akan mendapat kebahagiaan di dalam kehidupan rumah tangganya.
Dengan fiqah, seorang muslim dapat melaksanakan berbagai rutin ibadah dengan baik dan sempuma sebagaimana yang telah diajarkan baginda Rasulullah.
Dengan banyak lahir dan munculnya buku-buku fiqah menggunakan uslub dan kaedah akademik, maka ramai di antara orang awam yang tidak mampu memahami isi buku tersebut dengan baik. Maka oleh itu, diperlukan adanya buku yang memaparkan dengan mudah, ringkas, jauh daripada perdebatan mazhab dan tasyaddud, agar mereka dapat melakukan rutin ibadah kepada Allah dengan benar, dan sesuai dengan tuntunan yang disampaikan oleh baginda Rasulullah Muhammad s.a.w.
Maka oleh itu, muncullah idea agar saya membuat buku fiqah Islami dengan memaparkan ilmu-ilmu fiqah dengan uslub dan kaedah yang mudah dan jelas sesuai dengan para pembaca, dan pada waktu yang sama juga mudah bagi para pembaca biasa (bukan akademik), iaitu menggunakan pemaparan dalam bentuk soalan dan jawapan.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.