NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | FATWA-FATWA HAID, NIFAS DAN ISTIHADHAH |
PENULIS | IBNU ‘UTSAIMIN |
NO ISBN | 9789675047565 |
HARGA | RM 12.00 (S’JUNG) / RM 13.50 (SS) |
MUKASURAT | 172 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 201g |
SINOPSIS
Amma ba’du: Maka ini adalah himpunan dari fatwa-fatwa ahli ilmu yang berkaitan dengan:”Haid, Istihadah dan Nifas”, kami persembahkan kepada kaum wanita pada waktu yang amat diperlukan untuk mengetahui hukum-hukum agamanya, yang mana wanita telah dilalaikan oleh perkara-perkara, kesibukan-kesibukan dan kemusykilan-kemusykilan untuk mempelajari dan mengetahui perkara yang mendatangkan kebahagiaan dan kebaikannya.
Maka sesungguhnya wanita adalah ibu, saudara, anak dan isteri, dia perlu menyembah Allah atas cahaya dan ilmu kerana dia adalah individu mukallaf sama seperti lelaki dan dia perlu mengetahui agama dan mempelajari hukum-hukum syariat.
Perbincangan tentang keadaan dan kelalaiannya dalam mempelajari hukum-hukum agama menjadikan kita bersedih dan berdukacita.
Maka di sana ada yang mengetahui dengan terperinci tentang kehidupan fulanah si pelakon, dan fulanah si penyanyi sedangkan dia tidak mengetahui bagaimana cara bersuci dari haid yang berkaitan dengan dirinya sendiri lebih dari dua puluh hukum syarak dari solat, puasa, talak dan sebagainya.
Maka hanyalah kepada Allah tempat mengadu dan Dia tempat meminta pertolongan, cukuplah Dia untuk menolong kami, dan Dia sebaik-baik pengurus bagi segala urusan kami.
Sesungguhnya kami menyeru orang-orang yang bertanggungjawab di setiap negeri-negeri Islamiyah agar mengambil berat tentang pengajaran fiqh al-mar’ah al muslimah di sekolah-sekolah dan universiti.
Tidakkah lebih menghairankan jika kita melihat wanita yang memperoleh ijazah tertinggi di dalam bidang kepakaran akademik, sedangkan pada waktu yang sama dia tidak mengetahui hukum-hukum darah haid serta hukum-hukum yang lahir daripadanya?!!
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.