NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KISAH SITI AISYAH R.A |
PENULIS | ABU 'UBAIDILLAH SYARIFF |
NO ISBN | 9789832087748 |
HARGA | RM10.00 (S'JUNG) / RM11.00 (SS) |
MUKASURAT | 183 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 216 g |
SINOPSIS
Buku ini memaparkan riwayat
hidup secara terperinci Siti Aisyah binti Abu Bakar, satu-satunya isteri Nabi
SAW yang berstatus gadis ketika dinikahi oleh baginda. Juga anak kandung
sahabat yang paling dikasihi dan dicintai oleh baginda, iaitu Abu Bakar
As-Siddiq.
Di bahagian awal buku ini
dijelaskan asal-usul dan keturunan Siti Aisyah. Kemudia diikuti pula dengan
masa kecilnya dalam didikan ibu bapa yang paling dipercayai Nabi SAWiaitu
pasangan lelaki yang sangat jujur dan wanita yang amat anggun, Abu Bakar dan
Ummu Rumman.
Masa remaja Siti Aisyah r.a
sebenarnya tidak seperti gadis-gadis lain. Kerana beliau sudah dipersunting
baginda lebih awal lagi. Pada usia yang muda Siti Aisyah sudah menjadi isteri
dan surirumah manusia yang paling mulia dan ikutan umat Islam.
Di antara sifat-sifat yang
paling menonjol pada diri Siti Aisyah ialah kecerdikan dan kecerdasannya. Kerana
dalam usia muda lagi beliau sedah menjadi wanita yang paling tinggi keilmuan
dan pengetahuannya dalam ilmu-ilmu Islam. Dan hal ini terbukti dengan kekerapan
para sahabat yang lelaki bertanya kepada beliau jika ada kemusykilan dalam soal
agama.
Buku ini amat sesuai dibaca
oleh setiap muslim yang ingin mengenal setiap aspek peribadi Siti Aisyah binti
Abu Bakar, Ibu sekalian orang beriman, terlebih-lebih lagi kaum wanita dan para
isteri yang ingin menjadi wanita teladan dalam kemuliaan.
Tags: KISAH SITI AISYAH R.A
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.