ENSIKLOPEDIA SIFAT SOLAT NABI JILID 1
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789675047978
- Availability: 100
- RM55.00
Available Options
TAJUK BUKU | ENSIKLOPEDIA SIFAT SOLAT NABI JILID 1 |
PENULIS | SYEIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI |
NO ISBN | 9789675047978 |
HARGA | RM 55.00 (S’JUNG), RM 60.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 646 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 1.086kg |
SINOPSIS
Solat merupakan salah satu rukun Islam yang panting setelah Tauhid. Jika ibadah solat seseorang muslim itu baik, maka akan baik pula seluruh amal dan perbuatannya, sebaliknya jika rosak solatnya, maka rosaklah semua amalannya. .
Untuk itu, Allah Azza wa Jalla telah perintahkan kepada seluruh hamba-Nya untuk menjaga dan memelihara solat sebagaimana dalam firman-Nya: "Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wustha. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk" [QS Al Baqarah 238]
Dan sungguh, Rasulullah SAW telah menjadikan solat sebagai pemisah dan pembeza antara iman dan Islam dengan kekafiran dan kemusyrikan. Solat seperti apakah yang dapat menjadikan kelak amalan seseorang menjadi baik, dan solat seperti apakah yang dapat menghindarkan seseorang dari kekafiran dan kemusyrikan?
Ramai orang yang solat namun dia jauh dari tuntunan solat seperti yang diperintahkan Rasulullah SAW, kebanyakan mereka hanya mengikut tanpa mengetahui perincian dalil tiap gerakan dan bacaan solat yang benar. Bagaimana solat yang khusyuk akan tercapai jika gerakan dan bacaan solat pun dia tidak tahu mana yang dituntunkan dan mana yang tidak?? Buku ini menerangkan tatacara solat yang dilakukan Rasulullah SAW dari takbir hingga salam, buku ini penuh dengan hujjah ilmiah, kukuh di atas dalil sahih di atas pemahaman salafush shalih, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat".
Buku ini ditulis oleh seorang ulama hadis abad ini, Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani -rahimullah- sehingga buku ini dapat menjadi pegangan dan panduan bagi seorang muslim yang ingin memperbaiki kualiti solatnya. Semoga Ensiklopedia Sifat Solat Nabi ini dapat memberikan manfaat yang lebih banyak kepada kita semua. Amin.