POLA HIDUP SIHAT RASULULLAH SAW
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398518
- Availability: 100
- RM15.00
Available Options
TAJUK BUKU | POLA HIDUP SIHAT RASULULLAH SAW |
PENULIS | DR. SAYYID ABDUL HAKIM ABDULLAH |
NO ISBN | 9789670398518 |
HARGA | RM 15.00 (S’JUNG) / 17.00 (SS) |
MUKASURAT | 234 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 300g |
SINOPSIS
Pola hidup Rasulullah SAW sangat
seimbang antara fizikal, akal (intelektual), jiwa (psikis, emosional), dan
rohani (spiritual). Pola hidup seperti inilah yang menzahirkan ketenangan zahir
dan batin serta menghadirkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, salah
satu mukjizat Rasulullah SAW adalah pola hidup, perilaku, dan akhlak baginda
yang sangat agung. Rasanya tidak ada seorang manusia pun di sepanjang sejarah
yang ‘abjad’ hidupnya begitu lengkap diperhatikan, diingat, dihafal,
dituturkan, dipraktikkan, dan disebarluaskan oleh para pengikutnya, kecuali
Rasulullah SAW.
Meneladani perilaku Rasulullah SAW
bererti menyambut datangnya kebahagiaan zahir dan batin kerana kebahagiaan
zahir dan batinlah yang membuat kita mudah mencapai taraf sihat secara holistik.
Jasmani kita sihat kerana pola asupan makanan yang tertib dan terjaga. Akal dan
psikis kita menjadi tenang kerana tidak dibebani oleh keinginan mengejar dan
memuaskan nafsu duniawi yang bersifat sementara dan spiritualiti kita tidak
terganggu kerana mendapatkan hak-haknya sebagaimana mestinya.
Ekspresi cinta kaum Muslim kepada
Rasulullah SAW yang paling tepat adalah dengan meneladani perilaku baginda. Dan
sungguhnya kehormatan seorang Muslim adalah ketika dia menaruh hormat dan
kepercayaan yang tinggi kepada Rasulullah SAW tanpa sedikit pun menyiratkan
keraguan. Bahawa apa saja yang baginda sabdakan adalah kebenaran yang datang
dari Allah dan apa saja yang baginda lakukan semua mengandungi hikmah dan
pelajaran bagi umat manusia. Tidak mungkin Allah mengutus seorang yang cacat
moral atau serba kekurangan untuk menjadi rahmat bagi alam semesta dan menjadi
teladan bagi manusia.