100 FAEDAH ZIKIR & DOA
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789675047503
- Availability: 100
- RM12.00
Available Options
TAJUK BUKU | 100 FAEDAH ZIKIR & DOA |
PENULIS | IBNU QAYYIM AL JAUZIYAH |
NO ISBN | 9789675047503 |
HARGA | RM 12.00 (S’JUNG) / RM 13.50 (SS) |
MUKASURAT | 252 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 285g |
SINOPSIS
Sesungguhnya zikir kepada Allah s.w.t. itu memiliki banyak faedah, dan manfaat yang sangat besar. Hal itu telah disebutkan di dalam Al-Quran, sunnah mahupun perkataan orang-orang soleh terdahulu. Akan tetapi, setelah pencarian panjang yang kami lakukan, kami belum mendapatkan seseorang yang mengumpulkan pembahasan, penjelasan akan kepentingan, faedah dan manfaat zikir tersebut dalam satu wadah atau satu buku kecuali oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.
Di dalam bukunya al-Wabil as-Shayyaib min al-Kalamat-Thayyib, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan dengan terang faedah-faedah tersebut. Beliau dengan baik menjelaskan kepentingan zikir serta mengemukakan dalil-dalilnya. Beliau juga telah menyatakan kepentingan zikir dan faedahnya dalam bukunya yang lain. Dalam buku Thariqul hijratain, pada halaman 76, beliau menyebutkan: “Dalam waktu terdekat, kami akan menghuraikan tentang seratus faedah zikir, setiap faedahnya tidak ada tandingannya. Buku tersebut buku yang sangat besar manfaatnya.”
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga mengulangi isyarat akan kepentingan zikir di dalam bukunya yang berjudul Madarij as-Salikin, juz II, halaman 430, beliau berkata: “Kami telah menghuraikan seratus faedah zikir di dalam buku al-Wabil as- Shayyib, lalu di dalam buku ini kami akan menghuraikan rahsia zikir dan kebesaran manfaatnya serta kesucian buah zikir.”
Tags: 100 FAEDAH ZIKIR & DOA