351 FATWA ZAKAT
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398884
- Availability: 100
- RM28.00
Available Options
TAJUK BUKU | 351 FATWA ZAKAT |
PENULIS | SYEIKH UTSAIMIN |
NO ISBN | 9789670398884 |
HARGA | RM 28.00 (S’JUNG) / RM 31.00 (SS) |
MUKASURAT | 415 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 509g |
SINOPSIS
Syeikh Abdurrahman as-Sa’di
Rahimullah menyebut dalam al-Fatawa hal. 203 sebagai berikut, “Zakat kembali
kepada modal, dan kepada kemaslahatan jika tunai, dan jika tidak maka pada
pertengahannya.” Apa maksud fatwa beliau tersebut?
Fadilatus Syeikh Rahimahullahu
Taala menjawab:
Maksud ucapan Syeikh
Rahimahullahu Taala bahawasanya hutang (barang) itu jika tunai, maka wajib
menzakati pokoknya dan labanya. Dan jika ditangguhkan, maka wajib zakat
pokoknya sahaja. Adapun labanya pada pertengahannya.
Misalkan jika anda menjual barang
kepadanya harga seribu menjadi seribu dua ratus dalam tempoh satu tahun. Dan
haul zakat seribu pada pertengahan tahun, maka…
Apabila seseorang memiliki rumah atau kedai yang disewakan, apakah haulnya dimulai saat akad atau sejak diterima wang sewanya?
Fadilatus Syeikh Rahimahullahu
Taala menjawab:
Haulnya dihitung sejak akad sebab
wang sewa itu ada kerana akad meskipun belum tetap kecuali setelah barang habis
digunakan. Maka apabila sewaan telah habis dan wang sewaan sudah dalam genggaman
serta sudah mencapai satu tahun terhitung sejak akad, maka orang itu tersebut
wajib mengeluarkan zakatnya. Tetapi apabila ia menggenggamnya di pertengahan
tahun lalu membelanjakannya sebelum sempurna masa satu tahun, maka tidak ada
kewajipan zakat atasnya.
Misalkan, seseorang menyewakan
kedainya seharga sepuluh ribu, kemudian saat enam bulan berlalu ia mengambil
wang sejumlah lima ribu lalu membelanjakannya. Maka lima ribu yang
diambilkannya ini tidak wajib dizakati, sebab lima ribu lagi yang tersisa yang
akan diambilnya tepat wajib dizakati, sebab….
Milikilah buku ini untuk
pencerahan masalah-masalah zakat yang unik dan kontemporari
Tags: 351 FATWA ZAKAT