NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | ADAB KEPADA AL-QURAN |
PENULIS | RAMADHAN HAKIM |
NO ISBN | 9789832565147 |
HARGA | RM 10.00 (S’JUNG), RM 11.00 (S/S) |
MUKA SURAT | 197 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 224g |
SINOPSIS
Al-Quran tidak rnenjadi usang meskipun diulang-ulang, keajaibannya tidak pernah habis dan bangsa jin ketika mendengarnya mengatakan “Sesungguhnya kami telah mendengar AI-Quran yang menakjubkan, yang memberi petunjuk ke jalan yang benar, kemudian kami beriman kepadanya.”
Sesiapa yang berkata berdasarkan al-Quran, maka dia berkata benar. Sesiapa mengamalkannya, dia mendapat pahala.
Sesiapa memutuskan perkara dengannya, maka dia telah berlaku adil. Dan sesiapa menyeru kepadanya, dia diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Allah telah mengemukakan dalam Al-Quran tentang berbagai-bagai nasihat dan perumpamaan, adab dan hukum serta khabar-khabar yang diputuskan oleh manusia tentang orang-orang yang terdahulu dan yang kemudian.
Di samping itu Allah s.w.t. juga menyuruh memperhatikan dan mengamalkan adab-adabnya. Para ulama telah menulis banyak buku tentang masalah ini dan membahas secara mendalam. Kemudian datang Imam An-Nawawi rahimahullaahu Ta‘ala, menghimpunkan serta meringkaskannya ke dalam buku ini. Kandungannya ialah adab-adab pembaca, pelajar dan pengajar Al-Quran, sifat-sifat para penghafaz, keterangan tentang keutamaan membacanya, adab-adab pengajar dan pelajarnya, penulisan Al-Quran, memuliakan terhadap Al-Quran dan penjagaannya, menghormatinya dengan mengamalkan dan menjalankan tuntutan dan hukumnya, supaya para penuntut ilmu mendapat manfaat yang banyak daripadanya.
Di akhir buku ini Imam An-Nawawi menjelaskan nama-nama dan kata-kata asing yang terdapat di dalamnya,serta menyebut sejumlah kaedah dan faedah berharga. Maka ia pun tampil sebagai buku yang berguna bagi para penuntut ilmu dan pengkaji Al-Quran. Beliau juga telah meringkas ringkasan ini dan menamakannya Mukhlaarut Tibyaan, sebagaimana disebutkan oleh penulis Kasyfu Azh-Zhunuun.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. membalasnya dengan kebaikan atas jasanya kepada kaum muslimin dan mudah-mudahan Allah memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang ahli Al-Quran dan mendapat keistimewaan darinya.
Tags: ADAB KEPADA AL-QURAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.